1 Ogos
Ianya sudah masuk awal bulan dan aku akan keluar untuk membeli barangan dapur.
Kali ini aku mengajak Cackle untuk menemankan aku membeli barangan dapur. Sudah selesai membeli semua, kita orang pun hendak berjalan pulang.
Tiba-tiba Cackle terlanggar dengan seorang lelaki berkaca mata. Lelaki tersebut terus memandang ke arah aku dan Cackle.
"Eh, Cacklelah."
Of course semua orang mengenali aku dan Cackle. Sudah menjadi idola kan? Tapi....
"Kau masih ingat aku tak, kawan baik?"
Aku terus memandang ke arah Cackle semacam. Kawan baik? Dia orang pernah berjumpa ke?
Muka Cackle pun semacam sahaja aku tengok. Siapa lelaki ini?
Catz : "Urm.... Cackle? Kau kenal dia ke?"
"Ahaa.... Berani dia tak kenal?"
Dengan bangganya lelaki itu berkata.
Cackle : "Ye. Di... di... dia ini... kawan... kawan baik aku semasa sekolah rendah."
Semacam sahaja dia punya gagap ini? Macam ada benda yang tidak kena. Biar betul ini?
Joey : "Nama aku Joey. Kawan baik Cackle. Kau ini siapa?"
Joey menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan aku.
Tidak boleh jadi ini. Mesti ada benda yang tidak kena ini.
Catz : "Aku Catz. Kawan baik dia...."
Namun muka Joey ini masih tersenyum. Aku nak berjabat dengan dia tetapi aku ternampak ada cincin eletrik dekat jari hantu dia. Aku terus terhenti untuk berjabat dengannya.
Cackle : "C... Catz?"
Joey : "Kau tak sudi berjabat dengan aku ke?"
Catz : "Kau pakai electric ring dekat jari kau."
Joey tersengeh-sengeh dan bingkas menyimpan cincin elektrik tersebut.
Joey : "Ahahah.... Kau nampak ke? Nampaknya kau ini bukan jenis yang senang dipermainkan macam Cackle."
Aku hanya memandangnya tajam.
Pada aku dia hanya mempergunakan Cackle untuk sesuatu. Bukan kawan baik dia pun. Aku pantang betul berjumpa dengan manusia macam ini.
Aku terus menjabat tangannya dan menekan tangannya dengan sangat kuat. Payback!
Joey : "Argh!"
Catz : "Kau panggil Cackle senang dipermainkan lagi, aku patahkan jari kau."
Cackle : "Gark! Apa yang kau buat ini, Catz?"
Catz : "Aku tak rasa yang kau betul-betul nak berkawan baik dengan Cackle."
Cackle : "Eee!"
Cackle terus menutup mulut aku. Aku bertambah curiga. Memang ada benda yang tidak kena.
Kenapa? Joey ini anak Dato ke? Tan sri? Aku tidak kisah punlah. Kalau dia mempermainkan kawan aku, aku tak akan melepaskan dia.
Cackle : "Sekejap ye, Joey~"
Cackle terus mengheret aku jauh sedikit daripada Joey.
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Teen FictionGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...