27 Julai
Sepanjang tempoh ini, aku menjadi trauma dengan si Mint. Bukan main lama trauma aku dari kes si chewing gum itu.
Apakah maksud semua ini? Disebabkan itu, setiap kali aku nampak dia... aku akan berlari. Di tempat kerja pun aku tidak seceria dahulu. Aku macam... mayat hidup yang kena paksa hidup semula.
Biar betul dia memang confess dekat aku? Aku tidak akan terpedaya lagi. Bukan untuk kali ini! Aku sudah serik nak bercinta ini sebenarnya. Tidak sanggup apabila sudah broken nanti. Rasa macam sudah tiada masa depan.
🌸🌸🌸
Dekat studio, aku hanya menjadi diri sendiri apabila tengah on air sahaja. Habis sahaja on air, aku sudah kembali dengan mood aku.
Maybe Mint perasan perwatakan pelik aku ini. Yelah.... Sudah lama sangat aku bermurung. Siapa suruh mencari fasal?
🌸🌸🌸
Aku hendak berjalan pulang ke rumah setelah penat seharian bekerja.
Tiba-tiba terdapat seseorang menelefon aku. Ianya Vector. Aku pun terus menjawabnya.
Catz : "Hello? "
Vector : "Heyya, Catz. Kau ada dekat rumah tak?"
Catz : "Aku baru sahaja lepas habis kerja. Ini aku baru nak bergerak balik."
Vector : "Oh...."
Catz : "Kenapa?"
Vector : "Tak apalah. Aku ingatkan nak ajak kau study dengan aku hari ini. Kesian pula kau penat."
Catz : "Kalau kau nak study, datanglah. Aku okey sahaja."
Vector : "Hmm.... Okeylah. Nanti aku datang. Bye...."
Vector terus memutuskan panggilan. Setelah tamatnya perbualan kita orang, dengan segera aku pun pulang ke rumah.
🌸🌸🌸
Pulang sahaja ke rumah, Vector sudah tiba dihadapan rumah aku dengan motorsikalnya. Aku pun menjemputnya masuk. Tidak akan nak membiarkan tetamu tunggu di luar pula kan?
Vector : "Sorry kalau aku menyusahkan kau."
Hmm.... Nak cakap macam mana ye? Kau memang menyusahkan. Adakalanya... fikirkan kawan, aku pun terpaksalah okeykannya.
Kita orang pun mula study bersama. Jujurlah, aku sudah barai. So mata aku asyik memandang ke sana.... Ke sini....
Apabila aku melihat Vector, dia duduk bermain dengan pennya. Tidak fokus langsung.
Yang sibuk nak study tadi aku ke dia? Ini memang mengundang kemarahan tujuh lautan aku.
Aku pun mengambil habuk pemadam dan dilemparkan ke arahnya. Nasib kaulah, aku baik lagi membaling habuk pemadam tau? Kalau tidak, mahu pemadam itu aku baling ke arah dia.
Vector tersedar dari lamunannya dan memandang ke arah aku.
Catz : "Kau ini dah kenapa? Nak study ke nak bermain pen?"
Vector : "Oh, t... tak. Aku okey sahaja."
Okey? Pada aku macam tidak okey langsung. Ini mesti ada udang di sebalik batu ini. Aku hanya berdiam diri sahajalah.
Sekali lagi aku memandang ke arahnya, dia duduk bermain pen dia itu. Aigh! Tidak boleh jadi ini. Kalau macam ini, lebih baik aku tidur.
Catz : "Dah dapat jawapan ke itu?"
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Novela JuvenilGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...