Pada hari yang sama, kita orang bertiga menghumban lelaki tersebut ke dalam bilik tetamu di rumah aku dan menguncinya.
Vector : "Tak rasa yang kita berkasar sangat ke?"
Cackle : "Biarkan dia. Dia sepatutnya tahu yang menskodeng orang adalah salah di sisi undang-undang."
Skodeng? Skodeng bukan menghendap orang mandi ke, Cackle? Aku kena stalker buka kena skodenglah. Aduyai....
Catz : "Kalau macam itu, aku akan masakkan makan malam untuk budak ini."
Cackle :" What? Apa kau ini? Biarlah dia mati kebuluran."
Catz : "Aku tak nak jadi sama macam dia dan juga orang keliling aku yang pernah membuat aku macam itu."
Cackle terus membisu mendengar kata-kata aku yang kelihatan sangat serious. Aku kasar sangat ke? Betullah apa yang aku cakap kan?
Catz : "Aku akan masakkan untuk kau orang sekali. Staylah sampai makan malam."
Cackle : "Haa! Kalau macam ini, aku setuju."
Cackle ini nasib baiklah jenis yang senang berubah mood. Emosi dia boleh melesap macam angin.
🌸🌸🌸
Aku pun bersiap untuk memasak makan malam. Aku memasak lauk yang ringkas sahaja.
Tidak lama selepas itu, kita orang pun makan bersama-sama.
Vector : "Masakan kau tak pernah mengecewakan. Yum! Kau mesti sudah lama memasak kan?"
Catz : "Kalau aku tak masak, aku tak dapat makanlah. Aku bukannya berduit sangat pun nak makan dekat luar selalu."
Cackle : "Alaa.... Humble pula kau ini. Sekali tengok akaun bank, membukit duitnya. Sampai bank itu nak muntah dengan duit kau."
Banyaklah kau punya andaian. Gaji aku memanglah lumayan. Tetapi aku still kena berjimat cermat. Takut ada emergency ke apa tiba-tiba kan?
Hasil duit kumpul aku ini jugalah aku boleh beli rumah dan kereta secara tunai. Tiada sebarang hutang. Kalau sesetengah orang, sudah pergi berfoya di luar sana. Tapi aku bukannya jenis lelaki yang macam itu. Sangat tidak sukakan tempat yang mempunyai ramai orang.
Catz : "Kau orang makanlah. Aku nak bagi budak dekat dalam bilik itu makan."
Aku baru sahaja berdiri, Cackle dan Vector sudah menarik kaki aku. Kenapa dengan dia orang ini?
Catz : "Ada... apa-apa masalah ke?"
Cackle : "Biar aku temankan kau."
Vector : "Betul itu. Bahaya kalau kau masuk sendiri."
Catz : "Aku tak simpan pistol atau pisau dekat dalam bilik itu. Janganlah risau."
Cackle : "Tapi macam mana kalau dia ada laser mata yang boleh membakar kulit kau?"
Aku terus membuat muka annoying. Imaginasi dia ini melebih-lebih sangat kadang-kadang. Tinggi sehingga langit ke tujuh dia punya berimaginasi itu. Kau ingat ini cerita Superman ke?
Catz : "Apa yang kau merepek ini?"
Cackle : "Kita tak kenal lagi dia. Kalau dia bukan manusia, macam mana?"
Catz : "Kalau bukan manusia, habis itu apa? Tak akan alien pula?"
Cackle : "Kalau betul-betul alien macam mana?"
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Novela JuvenilGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...