30 Mac
Ianya hari Sabtu. Aku kerja shift pagi hari ini. Pada kali ini pula.... Cackle...! Urgh! Kenapa dia ada dengan aku sekali ini?Apa yang makhluk ini nak?
So then, aku standardlah dengan penampilan yang sama macam sebelum ini. Pakai mask jerebu, topi dan ponytailnya.
Kita orang sekarang sedang duduk di perhentian bas untuk menahan teksi. Nak naik bas, macam tidak berbaloi sangatlah pula. Susah nak berhenti pula itu.
Cackle : "Kenapa kau tak beli sahaja kereta?"
Cackle tiba-tiba memecahkan keheningan suasana tika itu.
Catz : "Aku tunggu bonus aku naik bulan depan nanti."
Cackle : "Huyoo! Gaji kau sebulan berapa?"
Catz : "Aku bekerja ikut jam. Satu jam, enam puluh dollar."
Muka Cackle sangat terkejut mendengarnya. Besar ye gaji aku?
Cackle : "Besar gila gaji kau!"
Catz : "Asalnya satu jam, empat puluh sahaja."
Cackle : "Dah itu, mana datangnya lagi dua puluh?"
Catz : "Lagi dua puluh itu sebagai bonus aku naikkan rank siaran itu."
Cackle : "Aku peliklah. Memang kau sahaja ke pekerjanya?"
Catz : "Yelah itu? Jikalau tak, tak adanya dia nak bagi aku gaji besar macam itu?"
Cackle : "Kau bayangkan, kau kerja kalau time sekolah dari pukul 8 malam sampai 11 malam. Dah 180 untuk satu hari. kau kerja Isnin, Rabu dan Khamis... dah...?"
Cackle terus memandang ke arah aku mengharapkan jawapan. Ya. Cackle dengan math bersama tiada.
Catz : "540."
Cackle : "Hah! Tak termasuk hari sabtu, kau kerja dari pukul 10 pagi sampai pukul 8 malam. Dah...?"
Sekali lagi dia memandang ke arah aku. Kau ingat aku ini kalkulator ke?
Catz : "1140."
Cackle : "Aku memang teruk bab-bab mengira ini."
Catz : "Heh, kau memang."
Cackle : "Maksudnya, seminggu kau dah dapat 1140. Kalau sebulan kau dapat...?"
Ah, not again? Cackle memandang sekali lagi ke arah aku.
Catz : "Lebih kurang 4560."
Cackle : "Hah, masyuk itu. Kau seorang pula itu. Kau mana ada tanggungan."
Catz : "Hmm. Cuma penatlah."
Cackle : "Benda apa sahaja yang dekat dunia ini senang, Catz? Semua perlukan usaha."
Bukan main rancak kita orang menyembang. Teksinya tidak dapat lagi. Busy betul hari ini. Padahal hari ini hari Sabtu. Aku pun tidak faham dengan bandar ini.
Kita orang pun menunggu di pondok yang kosong. Pandang ke kiri dan diekori dengan ke kanan. Kereta banyak tetapi bukannya teksi. Pakcik teksi hari ini sambut birthday ke?
Cackle : "Hei, Catz! Sementara kita menunggu teksi ini, kau nyanyikan satu lagu boleh tak?"
Catz : "Amboi, kau! Bayarlah."
Cackle : "Alaa, aku tak bekerja macam kau. Please... bosan ini. Janganlah berkira sangat. Dengan aku sahaja pun."
Dia ini.... Aku risau takut menarik perhatian orang ramai pula. Memanglah teksi tidak ada tetapi kawasan itu sesak tahu?
![](https://img.wattpad.com/cover/237880698-288-k365315.jpg)
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Ficção AdolescenteGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...