2 April
Ianya hari yang mana aku ditabalkan menjadi naib president oleh pengetua sekolah ini.
Siapalah aku ini untuk mendapat sokongan ramai kan? Masing-masing bergossip seolah-olah berlaku salah faham dalam perlantikan jawatan ini.
Aku tidak hamaklah nak gila jawatan di sekolah yang entah apa-apa macam ini. Nama 'gah' tetapi perangai '0'.
🌸🌸🌸
Petang itu, bermulalah meeting pertama aku bersama ahli jawatankuasa yang lain.
Sebelum itu, aku nak bagitahu yang AJKT dekat sekolah ini ada 5 pangkat. President, Naib president, Setiausaha, bendahari dan Ajk khas.
Bersambung kembali, kita orang berkumpul dan membincangkan tentang plan akan datang. Sudah macam parlimen apa sahaja.... Nak berbincang tentang belanjawanlah bagai. Kau orang ingat kita ini nak tadbir sekolah ke?
Aku hanya membisu dalam mesyuarat itu. Maklumlah, orang baru. Belum masak lagi bab-bab perancangan sekolah ini. Hanya mampu mendengar dan menghadam.
Tiba-tiba aku dapat merasakan terdapat seseorang yang berada dihadapan aku sengaja melaga-lagakan kakinya dengan kaki aku.
Aku bingkas memandangnya. Ianya Mayuko, bendahari sekolah ini. Sudah kenapa nak main kaki orang ini? Kalau ye pun bosan kan?
Dia pula membuat isyarat tentang pendapat aku akan perancangan Seigo tadi. Aku pun mengangkat kedua-dua bahu aku tanda tidak pasti.
Namun pada pendapat aku, aku kurang bersetuju. Yalah. Karnival sekolah, rancang nak membuat kuiz? Gila ke apa?
Nampaknya betullah.... Semua akur sahaja apa yang si Seigo cakapkan. Entah best ke tidak...? Aku pun mula memberanikan diri.
Catz : "Minta maaf sebab saya menggangu tapi buat kuiz pada hari karnival sekolah macam tak sesuai. Pada saya, karnivallah masa untuk budak-budak bersuka-ria."
Seigo memandang aku dengan jelingan maut. Ada aku kisah ke kau nak pandang aku macam itu?
Seigo : "Cik, berseronok pun ada batasannya. Mana boleh asyik nak berseronok sahaja.... Jikalau IQ budak sekolah ini jatuh, kamu nak bertanggungjawab ke?"
Apa kebenda yang dia nak cakapkan ini? Sudahlah memanggil aku cik.
Apa kaitannya karnival dengan IQ? Ini mesti kes belajar subjek bahasa tidak habis ini. Orang tanya lain, dia jawab lain.
Catz : "Macam ini, kita gunakan inisiatif lain untuk menaikkan IQ dia orang. Misalnya, buat game ala-ala maze runner. Nak lepas ke peringkat seterusnya kena buat cabaran yang mencabar IQ, fizikal dan mental. Macam mana?"
Semua AJKT hanya mengangguk dengan idea aku. Peliklah dia orang ini. Selama ini, karnival dia orang semua fasal kuiz ke? Patutlah otak budak-budaknya tidak berkembang. Asyik menghadap buku sahaja.
Mayuko : "Betul juga cara dia itu. Sebab sebelum ini, karnival yang kita adakan tidak mendapat sambutan hangat. Apa kata kalau kita ubah sedikit karnival tahun ini?"
Seigo seolah-olah tidak bersetuju dengan cadangan aku. Apa masalah dia, aku pun tidak tahu?
Seigo : "Aku takut budak-budak akan jadi terlalu seronok dan lupa pelajaran."
Aku sudah membuat muka annoying. Apa masalah dia ini? Cari fasal betullah dia ini.
Dia president dan aku ini naib president tetapi perbezaan kita orang bagai langit dan bumi. Dia sudah kemaruk sangat nak belajar dah kenapa? Kalau boleh nak makan buku latihan sekolah itu.
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Fiksi RemajaGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...