13 Mac
Ianya tahun baru dan cabaran yang baru.
Catz/Vector : "We,re the Ambush."
Oh! Masa ini, aku dan Team Thirds' Brother sedang memulakan sesi rakaman untuk album terbaru kami yang di bawah tajuk Ambush.
Ianya lagu bergenre Soul. Maksudnya, lagunya sedih tetapi sedikit epik rentaknya. Jarang kita orang membawa lagu bergenre ini.
Kebiasaannya, kita orang akan membawa lagu bergenre ballad dan pop. Mengharapkan yang album kita orang pada kali ini mendapat sambutan hangatlah.
🌸🌸🌸
Setelah selesainya sesi rakaman, kita orang pun berehat di cafe studio. Aku pula kena ke studio NGT selepas ini untuk sesi menemu ramah.
Apalah yang dia orang seronok sangat nak menemu ramah aku ini? Memang aku dapat berborak sekejap sahajalah dengan Cackle dan Vector.
Dia orang pun sudah biasa rasanya? Sebab selalu sangat aku skip nak hang dengan dia orang.
Ianya sebuah rancangan realiti show dan aku merupakan selebriti undangannya. Rancangan yang sangat diminati ramai orang dengan game yang mencuit hati.
Hmm.... Biasalah semua itu. Aku pun di bayar untuk ke sini. So maybe ianya berbaloi untuk aku joinnya.
🌸🌸🌸
Selesai sudah sesi rancangan realiti. Hari sudah mulai gelap. Beginilah kehidupan aku sejak habisnya sekolah. Keluar rumah pagi-pagi balik lewat-lewat malam. Apalah nasib aku...?
Masuk ke dalam kereta,
Catz : Haa.... Penatnya."
Aku menghidupkan enjin kereta. Hendak mengundurkan kereta, aku kenalah memandang cermin sisi dan cermin pandang belakang.
Melihat cermin sisi dan cermin pandang belak...? Siapa yang berdiri dekat belakang kereta aku ini?
Aku ternampak seseorang sedang berdiri lebih kurang dua meter dari kereta aku melalui cermin pandang belakang. Seorang susuk tubuh lelaki serba hitam. Seramnya....
Betul ke apa yang aku nampak ini? Ke... aku penat sangat sampai nampak benda yang pelik-pelik?
Dengan hati yang berdebar aku pun berpaling ke belakang. Fiuh.... Ianya memang seorang lelaki. Apa yang lelaki ini nak? Aku nak mengundur kereta ini. Aku langgar nanti....
Aku pun terus keluar dari kereta aku. Aku turun sahaja, lelaki tersebut terus berlari lintang-pukang. Aik? Apa yang sudah terjadi sebenarnya ini?
Disebabkan aku terlalu penat, aku tak berdaya nak mengejarnya. Tapi siapa dia? Apa yang dia nak? Kenapa dia berlari sebaik sahaja aku keluar? Lelaki pelik.
Aku ingatkan kali itu sahaja aku berjumpa dengan orang macam ini. Tapi... hari demi hari... boleh dikatakan setiap kali aku berada di luar rumah dan tempat kerja mesti ada orang macam ini.
Alamak.... Seramnya. Aku patut membuat laporan polis ke? Tapi aku tak tahu butiran lanjut stalker ini.
🌸🌸🌸
Sehinggalah suatu hari, aku sengaja membawa Ginger bersiar-siar di taman.
Sambil-sambil itu aku menjeling-jelinglah ke kiri dan kanan. Mana tahu aku ternampak kelibat lelaki itu lagi. Seperti sangkaan aku, memang ada bayang-bayang yang sedang mengekori aku. Cuma aku still berasa takut nak mendekatinya.
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Ficção AdolescenteGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...