18 Julai
Aku, Doktor Chen dan Ginger sudah berada di lapangan terbang. Aku sudah siap memakai baju yang telah di beli semalam.
Tiket penerbangan aku pukul 10 pagi. Aku memandang ke arah jam tangan aku.
Sekarang ini sudah pukul 9.15 pagi dan aku dikehendaki untuk naik ke kapal terbang aku.
Catz : "Ayah.... Terima kasih sebab jaga saya sepanjang dua minggu ini."
Chen : "Sama-sama. Kamu akan tetap jadi anak ayah dan ayah sayangkan kamu."
Aku kemudian mencangkung dihadapan Ginger.
Catz : "Ginger. Jangan nakal-nakal duduk dengan ayah."
Ginger : "*Humm... *hmm..."
Aku menggosok pipi Ginger.
Maka aku pun terus berangkat pergi setelah mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Aku ke sini dengan hanya membawa beg silang sahaja. Sangat simple kan? Senang kerja.
Aku pun terus naik ke kapal terbang aku. Duduk di atas kerusi aku, aku terus memakan pil tahan mabuk yang Doktor Chen berikan kepada aku semalam.
Di dalam flight pula, aku duduk di tepi tingkap. Dapatlah aku melihat pemandangan di luar.
Tiba-tiba di sebelah tempat duduk aku terdapat seorang perempuan duduk. Aku hanya membisu dan melihat telefon bimbit aku.
Perempuan itu memandang aku silih berganti. Kemudian,
"Awak ini.... Catz kan?"
Omg.... Pakaian aku menonjol sangat ke? Aku rasa ye. Okey. Chill, Catz. Bertenang.... layankan sahaja. Kalau dia peminat, kita layankan. Kalau dia ini nakkan kebenaran, kita bagi dia kebenarannya.
"Saya peminat awak tau? Betul ke yang awak dah berhenti menyanyi? Sayangnya.... Kenapa?"
Jadi dia adalah peminat. Aku tidak expect pun yang masih ada lagi peminat aku. Mungkin apa yang Doktor Chen katakan itu ialah benar belaka. Orang yang teliti dan terbuka mindanya sahaja yang akan mengetahui kebenarannya.
Catz : "Saya dah berhenti tapi... saya ingat nak sambung menyanyi balik."
"Haa! Betul ke? Bawah agensi apa? Tak sabarnya...! Nama saya Yunie."
Yunie sangat peramah orangnya dan masih terkawal. Ada sesetengah peminat tidak terkawal di luar sana itu. Mahu macam beruk terlepas sangkar. Fans yang macam itu sangat menyeramkan.
🌸🌸🌸
Sedar tidak sedar, kita orang sudah tiba ke destinasi yang di tuju. Tanah airku~ Dan aku punya khusyuk berborak dengan Yunie sampai aku tiada masa nak mabuk udara. Sampai macam itu sekali....
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Teen FictionGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...