⁵⁸ 「27 Jun : Birthday Mint」

59 24 2
                                    

27 Jun

Haa.... Cuba teka hari ini hari apa?

Apa?

Kau orang tidak tahu? Berapa kali aku kena explain daa...?

Okeylah. Ini last ye? Lepas ini, di tanya lagi hari ini hari apa. Aku sudah malas nak jawab.

Hari ini... birthday Mint. Aku sudah janji untuk menyambut birthday dia tahun ini. Kalau aku lupa lagi, memang elak dipenggalnya kepala aku selepas ini. Uish.... Seram.

Aku ingatkan nak membuatkan majlis kejutan pada dia. Mesti kau orang pun nak tahu kan? Alaa.... Tidak surpriselah kalau cakap macam ini. Tapi nanti kau orang tidak tahu ceritalah pula.

Hmm.... Alright. Kau orang follow sahajalah story aku kali ini.

🌸🌸🌸

"Catz, hiasan bunga ini nak letak dekat mana?"

Catz : "Letak dekat atas meja."

Rumah... eh, silap! Bukan rumah but villa. Aku sampai menyewa sebuah villa untuk dia tau?

Aku memanggil kru decor dan....

Cackle : "Catz.... Aku terharu...."

Dan member aku yang lain.

Kenapa pulalah si Cackle ini nak terharu? Kepala dia terhantuk ke? Datang-datang terus memeluk aku. Meremang jadinya.

Catz : "Kau ini dah kenapa?"

Cackle : "Aku terharu yang akhirnya kau akan berkahwin juga."

Aku terus berkerut dahi di situ. Ada tali sabut tak dekat sini? Aku nak gantung kepala dia dekat kipas. Bila masanya ini?

Catz : "Woi! Bila masa aku cakap yang aku nak kahwin?"

Cackle terus memandang aku pelik.

Cackle : "Eh? Ini bukan majlis kahwin kau ye?"

Memang sengaja nak mencari nahas dia ini. Tidak korek telinga ke?

Sebelum ini, aku marahkan diri aku yang tidak korek telinga. Ini aku marahkan malaon seorang ini pula.

Vector : "Daripada tadi aku cakap dekat dia yang ini bukannya majlis kahwin."

Cackle : "Memang taklah aku nak percaya. Kau tengoklah. Siap sediakan villa lagi. Birthday aku, tak adanya kau nak sediakan villa."

Catz : "Itu sebab ini kali pertama aku sambut birthday dia...."

Tercengang Cackle memandang ke arah aku.

Cackle : "Oh my.... Dia sangat malang dapat boyfriend macam kau ini."

Urgh.... Dia ini memang. Bertenang, Catz.

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now