¹⁹ 「25 Disember : Christmas Terbaik」

83 28 13
                                    

25 Disember

Pejam celik, pejam celik, aku sudah pun menamatkan zaman sekolah tinggi rupanya. Tua sudah aku ini ye?

Ianya hari yang mana sepatutnya meriah tetapi aku alone.... Ianya Christmas. Bangkitlah, Catz....

Habis sahaja exam final, kumpulan Thirds' Brother sangatlah sibuk. Sudah tidak bersekolah kan? So kita orang bekerja menjadi idola sepenuh masa.

Masa christmas inilah kita orang baru dapat cuti. Aku tak ada mood nak menyambut Christmas. Cuma aku sahaja di pagi Christmas....

Kau orang tanya di mana Cackle dan Vector? Biar aku jelaskan. 

Cackle.... dia pergi date dengan Rokay. Rokay itu girlfriend Cackle tau. Rokay ini selalulah juga aku nampaknya melepak dengan chewing gum.

Huhh.... Orang tengah bercinta kan? Aku ini single lagi. Tak adanya nak keluar-keluar date.

Vector pula.... Dia bukan date dengan Lola. Tak. Belum lagi.... Dia anak bongsu dalam keluarga. So dia di paksa untuk menyambut Christmas dengan family.

Maka dengan ini Catz bersendirian. Oh, tak. Aku ada Ginger!

Nasib baik Ginger ada. Jikalau tak, memang aku tak ada feel apa-apa nak menyambut Christmas.

🌸🌸🌸

Pagi-pagi Christmas ini, aku dan Ginger keluar untuk membeli barang. Beli pokoklah. Bajulah kau.... pelik-pelik lagilah. Nak menghias rumah kan? Belilah apa yang patut itu.

Padahal menghias untuk satu hari itu sahaja pun.... Halah, halah.... Berlabur lagilah duit aku kali ini.

Ginger berada di sisi aku sepanjang hari ini. Dia nampak sangat seronok sebab aku tak meninggalkan dia sendiri. Kalau tak, aku terpaksa tinggalkan dia dekat rumah setiap kali aku nak pergi kerja.

🌸🌸🌸

Pagi-pagi itu, salji telah pun turun. Petang itu pula, aku mula menghias laman rumah aku dengan Ginger.

Correction, Ginger bukan menolong aku menghias rumah.... Semasa aku tengah mencacakkan kayu berbentuk gula-gula tongkat untuk menghias laman....

Catz : "Eh? Aku rasa aku dah cacakkan kayu dekat sini."

Ada sebatang kayu gula-gula tongkat yang sudah hilang. Apabila aku melihat semula....

Catz : "Ginger?"

Ginger sedang menggonggong kayu tersebut. Uhuhuh....

Catz : "Ginger Anjing baik kan? Bagi balik kayu itu~"

Sekali Ginger terus berlari dengan kayu itu.

Catz : "Uwah.... Janganlah buat aku macam ini, Ginger...."

Tak fasal-fasal aku penat mengejar dia dekat laman rumah.

🌸🌸🌸

Setelah selesai aku menghias laman, aku pun masuk ke dalam rumah. Ianya sangat sejuk di luar tapi aku sangat panas sebab berkejar-kejar dengan Ginger.

Tercungap-cungap aku mengejar dia. Ginger nakal.... Sengaja nakkan perhatian.

Aku pun tanpa berlengah, terus menghias rumah dan pokok Christmas aku. Banyak betul lampu kelip-kelip. Memang sah bil elektrik aku naik kali ini.

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now