17 Oktober
Album pertama aku telah pun keluar. Tidak tahulah apa hasilnya akan tetapi hari ini aku di minta untuk membuat live reaksi tentang video aku sendiri.
Aaa.... Seramnya. Manager sudah pun melaraskan telefonnya dan....
Winnie : "Alright. One... two... three...."
Manager terus menekan butang 'play' pada telefon tersebut. Aku pun....
Catz : "Heyya~ Saya Catz dan hari ini saya akan membuat reaksi tentang muzik video album pertama saya yang baru sahaja keluar hari ini. Rasa berdebar pula.... Memang saya yang lakonkan dan nyanyikan semua tapi saya sendiri tak tahu apa hasilnya. Pihak production tak bagi saya tengok video saya sendiri. Kejamlah dia orang ini...."
Rasa kelakar pun ada sebab bercakap seorang-seorang kan? Tetapi rasa syok sebab tak akan ada sesiapa yang nak marah aku kalau aku kutuk dia orang pun. Eheheh....
Catz : "So let's get start it!"
Aku pun menonjolkan pelbagai jenis reaksi. Daripada muka paling hodoh sampailah muka paling feel. Aku tidak tahulah apa reaksi dia orang yang menonton video reaksi aku ini. Tutup muka masing-masing.
Sampailah habis muzik video tersebut.
Catz : "Hmm.... So far, it's fine. Saya harap semua berpuas hati dengan hasil kerja kami semua. Terima kasih sebab terus kekal bersama saya. Saya tak kata yang saya adalah yang terbaik. Tetapi... saya akan cuba jadi yang terbaik."
Tiba-tiba pula lampu bilik tersebut terpadam. Aik? Aku pun memandang ke atas bumbung. Tak akanlah Manager Winnie tidak membayar bil api woi?
Wajah aku hanya diterangi dengan cahaya laptop sahaja.
Catz : "Manager? Apa bendanya ini?"
Masa ini, video masih lagi dirakamkan tau? Aku langsung tak ada idea apa yang sedang berlaku.
Tiba-tiba meja yang berada dihadapan aku bergerak. Muka aku sudah semacam dah. A... aku ini tak adalah takut hantu. Tapi... aku agak terperanjat.
Catz : "M... manager? Apa bendanya ini?"
Selepas itu, boleh pula tiba-tiba keluar video hantu melompat daripada laptop tersebut. Berlari aku daripada situ. Terkejut gila woi!
Sekali, Trainer Roy keluar daripada bawah meja itu dan manager masuk ke dalam bilik tersebut dengan membawakan sebiji kek dengan lilin diatasnya. Aku sepatutnya boleh agak yang ianya adalah prank. Tetapi... lastly, aku berakhir dengan menjadi penakut pula.
Winnie/Roy : "Happy birthday to you~ happy birthday to you~"
Aku sangat terkejut dengan prank dia orang itu. Rasa macam yang aku tertinggal roh aku di luar bilik.
Trainer Roy dan manager pun menarik aku semula dihadapan telefon yang masih lagi sedang merakam.
Catz : "Graa.... Kau orang jahat!"
Roy : "Ahahahah.... Kesian birthday boy kita ini. Ahahahahah...."
Catz : "Tak payahlah gelak."
Aku tidak bagi dia orang gelak tetapi lastly aku yang tergelak sendiri dengan diri aku yang penakut tiba-tiba tadi.
Roy : "Sekarang ini...."
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Ficção AdolescenteGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...