2 Jun
Aku still tidak boleh banyak berjalan sangat disebabkan kaki aku yang berjahit. Risau terbuka jahitan jikalau aku banyak sangat bergerak. Seramnya... tetapi aku masih lagi perlu menjalani jadual aku yang telah ditetapkan.
🌸🌸🌸
Masa ini aku baru sahaja selesai shooting untuk majalah A-Pop. Tema A-Pop pada kali ini ialah traditional Japan. So aku dipakaikan baju kimono lelaki tradisional Jepun.
Serious berat bajunya. Tapi sudah kena bayar kan? Kenalah buat juga.
🌸🌸🌸
Ketika dalam perjalanan balik, aku berjalan perlahan keluar dari bilik studio. Tiba-tiba terdapat seorang lelaki, aku tidak perasan tetapi dia melanggar aku dengan agak kuat.
Kaki aku sememangnya tidak kuat sangat. Jadi aku tersungkur ketika mana dia melanggar aku. Semasa aku tersungkur ini, aku dapat rasakan kesakitan pada bahagian jahitan kaki aku. Tidak.... Terbuka ke jahitannya?
Kemudian lelaki yang melanggar aku tadi menghulurkan tangan ke arah aku. Tengok dia nak menolong, hilanglah sedikit rasa marah aku. Tapi....
"Kau ini kena langgar sedikit pun boleh jatuh ke?"
Itu yang dia cakapkan dekat aku. What? Kau ingat kau langgar aku itu sedikit ke? Biadap.
Aku memandang ke arah dia. Ianya seorang lelaki dengan topeng muka jerebu hitam. Rambut dia pula berwarna hitam kilat.
Aku tidak pernah nampak pun dia sebelum ini? Dia ini artist juga ke? Disebabkan aku memang tengah sakit, aku pun menyambut tangannya. Kalau tak, memang taklah.
Dia menarik tangan aku pun dengan agak kasar. Dia ini memang kasar punya oranglah. Tengok gayanya, dia tiada niat nak mencederakan aku. So dia memang jenis yang kasar sedikit.
Apabila aku sudah berdiri,
"Kau ini gugur ke?"
Aah? Apa yang dia nak cakapkan ini? Aku ini lelaki. Mengandung pun tidak boleh ini lagikan gugur?
Lalu lelaki itu menunding jari ke arah seluar aku. Di bahagian celah kaki aku terdapat kesan darah yang agak banyak. Tak.... Ini yang aku risau.
Akan tetapi lelaki ini....
"Period eh?"
Dia ini...! Semua ini salah kau tau?
Kalau kau orang tengok sendiri, memang aku seperti orang perempuan yang datang bulan dan darahnya menembusi seluar. Macam itulah gayanya.
Sekarang ini, macam mana aku nak cover ini? Kalau darahnya tembus dekat belakang, bolehlah aku nak cover dengan kemeja aku. Tetapi ini dekat depan. Tak akan aku nak ikat kemeja aku dekat depan?
*Sigh.... Aku tiada pilihan selain daripada menelefon pihak hospital.
Kau orang mesti tertanya kan? Sudah hampir sebulan dari kes itu tetapi luka aku masih tidak baik. Itu disebabkan lukanya sangat dalam.
Ianya memakan masa dua ke tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya. Ini jikalau terbuka jahitannya, semakin lamalah tempoh untuk dia baik.
Comfirm aku kena marah dengan doktor. Aaaa.... Terima kasih dekat lelaki bertopeng jerebu ini.
🌸🌸🌸
Aku di bawa ke hospital dengan menaiki van ambulan. Sebelum ini, aku yang temankan orang menaiki van ini. Sekarang, aku sendiri yang kena naik van ini. Kerana aku risau jikalau aku berjalan, luka aku kembali berdarah.
![](https://img.wattpad.com/cover/237880698-288-k365315.jpg)
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Ficțiune adolescențiGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...