19 Mac
Hari ini, aku sengaja mengambil masa aku untuk berjoging di luar. Aku berjoging sambil memakai kaca mata gelap dan topi sebab nak menutup muka aku daripada di lihat peminat.
🌸🌸🌸
Setelah hampir tiga pusingan tapak joging itu, aku kemudian berehat di tepi. Penat sangat....
Aku berjoging lebih 1800 meter. Yelah, panjang tapak jogging itu satu pusingan bersamaan dengan 600 meter. Aku sudah berpusing sebanyak tiga pusingan. Rasa-rasanya sudah berapa kilo kalori yang aku bakar? Pandai-pandailah kira.
Tidak lama kemudian,
"Tumpang tanya, abang. Boleh saya tanya?"
Ianya seorang lelaki berambut perang sedang menyapa aku. Aku rasa dia ini foreignerlah. Apa yang dia nak tanya?
Catz : "Y... ye? Apa dia?"
"Abang tahu tak alamat ini?"
Dia menunjukkan aku sehelai kertas dengan alamat padanya. Aku pun melihat kertas tersebut. Macam kenallah tempat ini? Eh?
Catz : "Ini... Starlite Ent."
"Haa! Betullah itu. Abang tahu tak?"
Sudah kenapa budak ini nak ke StarLite Ent? Ada apa-apa urusan dengan Manager Winnie ke? Jarang ada orang luar datang ke agensi kita orang ini.
Catz : "Aku tahu. Sebab aku kerja dekat situ."
"Apa? Abang kerja apa dekat sana? Jadi back up dancer ke? Sebab badan abang nampak tegap."
Ngeh? Back up dancer? Pleaselah....
Catz : "Tak. Ada apa kau nak ke sana?"
Aku terus menukar topik. Malas aku nak melayankan budak ini. But....
Stevan : "Nama saya Stevan. Saya ingat nak minta kerja menjadi idol dekat situ."
Terus terkaku aku dekat situ? Dia ini... penyanyi ke? Nama dia macam nama keluarga mak akulah. Hmm....
Catz : "A... apa? Kau ada cakap dengan producer itu ke?"
Stevan : "Dah. Producer itu pun cakap okey. Dia suruh saya datang hari ini tetapi saya sesat pula."
M... manager Winnie tidak bagitahu aku apa-apa pun. Kenapa manager tidak bercakap apa-apa pada aku? Sengaja nak membuat kejutan dekat aku ke?
Stevan : "Kenapa ini, abang?"
Catz : "T... tak ada apa-apa. Jomlah."
Aku pun terus membawanya ke agensi. Tetapi sepanjang perjalanan kita orang, dia ini asyik bercakap sahaja daripada tadi. Annoying pula aku.
Bercerita fasal kakak dialah. Fasal makcik dialah. Satu keturunan dia pergi berceritanya dekat aku. Aku just anggukkan sahaja. Tetapi aku tidak mendengar pun apa yang dia cakapkan sebenarnya. Nasib baiklah dia tak ada apa-apa ikatan keluarga dengan aku.
🌸🌸🌸
Setibanya di agensi,
Catz : "Saya sudah balik...."
Stevan : "Kelakar. Macam rumah sahaja abang buatnya."
Catz : "Ini memang rumah aku pun."
Stevan memandang aku pelik. Sudah memang rumah aku, tempat aku tinggal. Oh, lupa. Dia tidak tahu yang aku ini Catz.
Stevan : "Eh?"
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Novela JuvenilGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...