⁵⁴ 「7 Februari : Konflik Kawan Baik」

54 25 0
                                    

Aku ke kedai butik untuk membeli beberapa pakaian. Aku bukannya nak menyamar menjadi guest di pesta itu. Tetapi aku akan menyamar menjadi dj di pesta itu.

Sudah lama aku tidak menjadi dj radio ini.... Aku off telefon aku buat sementara ini. Tetapi aku ada bagitahu Cackle yang aku ada hal yang kena diuruskan.

🌸🌸🌸

Malam tersebut, masing-masing sudah bersiap untuk membuat pesta olok-olok. Aku akan ajar dia orang ini cara untuk hormat orang lain. Tidak baik betul dia orang berbohong macam ini.

Aku kemudian ternampak seorang lelaki sedang menarik speaker. Itu mestilah dj dia kan? Inilah peluang aku.

Aku terus memengsankan lelaki tersebut dan mengikatnya dengan erat di sebalik semak. Terasa macam jahatlah pula aku membuat macam ini. Kalau kantoi ini, aku kena tangkap dengan polis tak?

Ah, tolak ke tepi dulu benda ini buat sementara. Ada benda yang lagi penting untuk diselesaikan.

Aku memakai samaran aku semua. Janganlah di tanya apa yang aku pakai.... Aku... memakai rambut palsu sebab warna rambut aku sekarang ini berwarna hijau pudina.

Kalau aku tidak memakai rambut palsu, memang orang senang cam aku. Aku mula mengambil part sebagai dj pesta tersebut.

Sambil-sambil itu, aku mencuri-curi lihat kalau Cackle dan Vector sudah sampai ke belum.

Agak lamalah juga aku menunggu. Tetapi aku langsung tidak nampak kelibat dua ekor makhluk itu. Aku mula rasa tidak sedap hati.

Aku pun curi-curi tengok phone aku yang sudah beberapa jam dimatikan. Kemudian,

Catz : "Dua belas missed call daripada Cack.... Alamak...."

Aku mula rasa tidak sedap hati dengan semua ini. Kan aku sudah cakap yang aku ada hal? Apa masalah dia ini?

Aku nak pergi daripada situ memang tidak bolehlah kalau macam ini. Kena marah teruk aku nanti. So aku pun terpaksalah meneruskan pesta tersebut.

Aku langsung tidak nampak kelibat dia orang berdua. Dia orang memang tidak datang ke? Aduh....

Akhirnya,

"Kau kata Cackle dan Vector datang?"

"Aku dengar sendiri tadi...."

"Alaa.... Dia orang ada hal ke? Tak dapatlah nak hang dengan dia orang. Aku minat sangat dekat dia orang."

Aku terus berkerut dahi mendengar gossip guest yang merancang pesta ini.

Laa.... Dia orang ini cuma peminat ke? Akulah yang tersalah anggap ini? Teruknya aku ini.... Sekarang ini, aku tersangkut dalam situasi ini.

🌸🌸🌸

Sampai pukul 3.30 pagi baru pesta ini tamat. Gila penat.... Apa masalah dia orang ini nak berpesta sampai lewat macam ini? Tak ada rumah ke apa?

Aku pun pulang ke bilik hotel dengan badan yang sangat penat. Aku rasa yang aku macam berjalan dalam tidur.

Buka sahaja pintu bilik hotel, Cackle dan Vector sedang nyenyak tidur. Aku cuma fikir dua benda sahaja sekarang ini. First, dia orang tertidur atau dia orang risaukan aku?

Aku terus mandi dan hendak masuk tidur. Vector sudah conquer katil single. So aku kena tidur dengan Cackle di atas katil king.

Aku pun dengan perlahan naik ke katil. Aku naik dengan sangat perlahan supaya aku tidak mengejutkan Cackle.

Aku kemudian menarik selimut dan....

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now