Selepas sahaja daripada kes itu, keluarga Vector kembali menerimanya. Satu berita yang mengharukan. Sungguh mengusik hati.... Tiba-tiba sahaja aku menjadi beremosi.
Sebab kisah selepas ini memang mengguris hati aku.
2 Januari
Aah.... Back to school guys. Aku masuk-masuk sekolah sahaja sudah kena meeting dengan persatuan pelajar.
Aku rasa macam.... Aduh, kenapalah aku ini naib president? Orang semua membentangkan laporan tahun lepas dan perancangan bagi setiap unit untuk tahun ini. Aku pula banyak kali menguap.
Tidak fasal-fasal,
Seigo : "Catz.... Kau naib president. Fokus sedikit boleh tak?"
Aku hanya mengangguk. Tak tahu nak respon apa sebab aku memang mengantuk bila dengar orang-orang berucap.
🌸🌸🌸
Sesudah itu, aku pun pergi berehat seperti biasalah. Kemudian....
Cackle : "Catz! Macam mana dengan meeting tadi?"
Catz : "*Yawn.... Aku mengantuklah dengar dia orang berucap."
Cackle : "Okey. Aku faham macam mana rasanya."
Vector : "Apa plan kau orang untuk aktiviti tahun ini?"
Catz : "Mana boleh bagi tahu. Tak surpriselah kalau macam itu."
Vector : "Alaa...."
Cackle : "Mesti best kan?"
Catz : "Kau tengok sahajalah nanti."
Benda yang aku tak tahu adalah....
Catz : "Projek amal?"
Cackle : "Ye. Cikgu yang suruh. Sepuluh kumpulan yang dapat mengumpulkan dana paling banyak, cikgu akan bagi diskaun 30% markah exam akhir tahun."
Ganjaran apakah itu? So noob....
Catz : "Jadi kau orang decide untuk buat busker?"
Cackle : "Ye."
Vector : "Aku pakar bab-bab busker ini."
Catz : "Correction. Kau pakar busker sebab team kau dulu bawa genre sama macam kau. Sekarang ini, kau tolong cakap dengan aku. Kau nak si Cackle ini bawa part rock ke?"
Vector ini, dia ada juga geng-geng busker dia dulu. Cumanya geng dia lebih cenderung ke arah genre rock. Team ini pula lebih kepada Ballad.
Cackle : "Hoi, jangan.... Pecah speaker nanti."
Itulah apa yang aku sedang fikir. Suara dia ini lain daripada yang lain.
Suara aku dan Vector mungkin okeylah. Tapi bila combine dengan suara Cackle.... Perlukan bantuan pakar untuk harmonikan kita orang.
Vector : "Ye tak ye juga.... Macam mana ini?"
Cackle : "Aku tahu! Kau minta tolonglah dengan Encik Mark."
Catz : "Kau jangan berguraulah. Encik Mark selalu sibuk. Tak mungkin dia ada masa free sekarang."
Cackle : "Alaa.... Kau cuba sahajalah. Belum cuba belum tahu."
Vector : "Betul itu. Kau tanya sahaja.... Please~"
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Teen FictionGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...