8 Julai
Catz : "Eek-!"
Hari ini Doktor Chen sedang membuat rawatan akupuntur pada aku. Sesiapa? Bantulah aku ini.... Di cucuk sana sini sudah macam anak patung sahaja aku jadinya.
Chen : "Janganlah buat bunyi macam itu. Terkejut ayah. Tak sakit kan?"
Actually, tidak sakit pun. Just... jarum. Kita akan terasa ngilu apabila jarum itu menyentuh kulit.
Catz : "S... saya terkejut sebab jarum itu sejuk."
Chen : "Kamu memang tak tahan sejuk kan?"
Aku pun menggelengkan kepala aku.
Aku tidak suka sejuk. Tidak suka.... Tidak suka.... Tidak suka! Sudahlah aku sememangnya tidak berbaju. Duduk di bilik belakang ini yang memang agak sejuk. Kena cucuk dengan jarum-jarum itu pula. Memang ke tulang rasa sejuknya.
So aku tidak boleh nak mengawal diri aku daripada membuat bunyi-bunyi itu setiap kali jarum di tusuk ke dalam kulit aku. Bendanya tidak sakit pun. Tetapi sejuk.
🌸🌸🌸
Semenjak aku duduk bersama Doktor Chen, aku langsung tidak mengambil walau sebutir ubat pun. Aku hanya mengamalkan petua kesihatan tradisional yang Doktor Chen sarankan.
Memang betul, hasilnya lebih cepat berbanding ubat hospital. Kalaulah daripada dulu lagi aku ke sini, tak adalah aku menyusahkan sesiapa. Lagi-lagi Cackle.
Doktor Chen sangat sibuk mencari urat saraf aku untuk di tusuk dengan jarum. Memang memerlukan pengetahuan yang sangat dalam untuk melakukan akupuntur ini. Sebab... kalau tersilap urat....
Catz : "Argh!"
Chen : "Sorry. Salah urat...."
Begitulah rasanya. Sakit rasanya.... Aku memang tidak tipu. Sakitnya yang mengganggu otak. Sebab ianya bermain dengan saraf kan? Saraf memang berkait rapat dengan otak. Dan mungkin boleh berlakunya pendarahan yang serious.
Chen : "Sorry, sorry.... Nasib baik berdarah sedikit sahaja."
Aku terus memandang ke arah doktor Chen semacam. Sorry sahaja? Kalau serious macam mana?
Chen : "Ayah minta maaflah. Tak perasan urat yang ini.... Macam dah lari sefikit urat yang ini. Kamu ada buat apa-apa pembedahan ke sebelum ini?"
Catz : "Pembedahan? Hmm...."
Aku baru teringat kes yang aku hampir dilemaskan di dalam tab itu.
Boleh flashback chapter 23 kalau pembaca di luar sana tidak ingat. Kalau aku cerita balik, tidak habis bab ini nanti.
Catz : "Saya tiada buat apa-apa operation tapi kaki saya pernah berjahit dulu."
Doktor Chen sangat terkejut mendengarkan keterangan aku. Yelah.... Aku kerja jadi artist. Bukannya askar or polis yang berlasak-lasak ini.
Chen : "Apa yang dah berlaku?"
Catz : "Urm.... Saya terjatuh tangga...."
Aku tak nak buat dia risau. So aku pun merahsiakan kes tersebut. Panjang lagi nanti ceritanya.
Chen : "Kamu ini.... Lain kali, berhati-hatilah sedikit."
Catz : "Maaf...."
Chen : "Okey. Kamu dah selesai. Pergi pakai baju."
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Teen FictionGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...