3 Oktober
Ianya suatu hari yang sangat indah.
Catz : 'I don't wanna live in the world without you~'
Lagu single aku baru dikeluarkan di bawah tajuk 'Without you'. Lagu yang mengisahkan sepasang kekasih yang baru sahaja putus. Namun lelaki tersebut tidak dapat menerima hakikat yang mereka sudah pun berpisah. Sedih... lah sangat!
Aku pula baru sahaja selesai on air daripada Agensi AT8. Menjadi tetamu jemputan sahaja. Biasalah.... Aku sudah lama bersara daripada menjadi dj radio.
Sesudah itu, aku kembali ke studio MPN untuk album Thirds' Brother pula. Busy betul aku kali ini.
Akan tetapi aku baru nak masuk ke dalam kereta,
Mint : "Catz!"
Mint tiba-tiba muncul entah dari mana terus memeluk pinggang aku erat. Oi? Kita dekat tempat orang ramailah.... Coverlah sedikit dia ini....
Catz : "M... Mint.... Kita dekat tempat public sekarang ini."
Mint : "Oh. Kita ini public sangat ke?"
Aku terus membuat muka annoying. Kita dekat tengah-tengah bandar dan kau boleh tanya public sangat ke?
Catz : "Kenapa ini?"
Mint : "Look!"
Dia menunjukkan sehelai kertas kepada aku. Aku ingatkan surat saman. Rupa-rupanya tawaran untuk bekerja di bawah AJN entertainment.
Ianya syarikat yang memang menguruskan pengalbuman lagu dan kumpulan pop yang boleh dikatakan terkenallah juga. Tetapi agensi ini banyak mengambil artist perempuan berbanding lelaki.
Si Mint ini dapat tawaran ke situ? Well.... Berita baiknya, tak adalah orang yang akan mengganggu hidup aku lagi.
Berita buruknya, aku maybe akan terasa kehilangan dia. Omg....
Mint : "Aku akan debut macam kau."
Catz : "Oh, tahniah. Aku kena pergi."
Mint : "T... tapi...."
Catz : "What?"
Mint : "Kau tak happy ke aku akan sama-sama naik macam kau?"
Aku nampak macam tak happy ke? Mungkin dia nampak poker face aku agaknya?
Catz : "Aku sangat happy."
Mint : "Kau macam buat-buat happy sahaja...?"
Mint kemudian bermurung. Urgh.... She's got me.
Kenapa aku rasa tak happy ini? Mungkin sebab aku akan rasa alone? Tidak mungkinlah.
Catz : "Okeylah. Apa yang kau nak?"
Mint : "Hmm?"
Catz : "Aku akan ikut semua benda yang kau suruh."
Mint : "Betul ini?"
Catz : "Tapi bukan sekarang. Sekarang aku betul-betul kena ke studio. Petang ini boleh?"
Mint : "Aku nak sangat keluar date dengan kau, Catz! Betul ini kau akan ikut semuanya?"
Hmm.... Terpaksalah.
Catz : "*Sigh.... Okey. Kau tetapkan pukul berapa dan dekat mana nak jumpa."
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Ficção AdolescenteGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...