19 Oktober
Aku bangun awal hari ini kerana ada temu janji.
Kau orang nak tanya aku temu janji dengan siapa? Kau orang rasa siapa? Alaa.... Tak akanlah kau orang tak tahu? Of courselah dengan Mint. Tak akan aku nak keluar dengan Manager Winnie pula? Maut aku apabila Mint nampak nanti.
Aku call si Mint ini semalam.... Biar aku flashback balik....
🌸🌸🌸
18 Oktober
Aku menelefon Mint pada waktu malam. Mujurlah yang dia belum tidur lagi masa ini. Dia menjawab panggilan aku sahaja,
Mint : "Catz.... Sorry. Aku lambat wish birthday kau...."
Catz : "Eh, tak apalah. Aku faham. Kau mesti sangat busy...."
Mint : "Uhuhuu.... Kenapa kau call ini?"
Sedih betul dia ini. Relax sudahlah.
Catz : "Aaa, aku free minggu ini. So how?"
Mint : "Ah! Seriously?"
Catz : "Ye.... Macam mana? Kau free tak?"
Mint : "Aku free esok! Yeah! Aku nak keluar dengan kau esok juga! Tak sabarnya...!"
Alaa.... Macam tidak biasa pula kan dengan si Mint ini? Gediknya sampai langit ketujuh, haa. Aku boleh cakap, dalam dunia ini tak ada sesiapa yang boleh melawan gedik dia ini.
Catz : "Aaa.... Kau nak pakai baju tema apa esok?"
Mint terus membisu. Aku tersalah cakap ke? Lama pula itu dia mendiamkan diri. Sudah kena sampuk apa budak ini?
Catz : "Mint?"
Sudah mendengar aku menegurnya, barulah dia bercakap. Habis minyak ke nak bercakap?
Mint : "Urm.... Aku selalu tengok pasangan couple dekat luar itu pakai baju sepadan warna yang comel-comel. Tetapi tak menyusahkan kau ke? Kau itu bukannya banyak baju pun."
Aku terus berkerut dahi. Apa dia? Baju boleh dibelilah. Aiyoo.... Itu pun menjadi isu ke?
Catz : "Aku suka pakai baju yang sama tapi tak semestinya aku tak banyak baju."
Mint : "Ihhihi.... Kalau macam itu, kita pakai warna pink nak?"
Catz : "P... Pink?"
Aku ini sudahlah muka jambu sedikit. Dia suruh aku memakai warna pink? Memang lagi nampak jambulah....
Omg.... Menyesal aku tanya. Aku cuma kesian dekat dia. Setiap kali kita orang keluar berdua, mesti tidak terancang. So kali ini, aku ingat nak merancang semuanya elok-eloklah.
Sekali macam ini pula jadinya.
Mint : "Kau ada baju warna pink tak?"
Catz : "Aaa...."
Aku kemudian teringatkan jaket denim yang aku pernah pakai semasa rancangan realiti sebelum ini. Ianya satu-satunya baju aku yang berwarna pink. Okeylah.... Demi kau, Mint. Aku sanggup nampak jambu. Urgh....
Catz : "Aku ada."
Mint : "Yeah! Kita akan pakai baju yang sama warna."
Catz : "Esok aku ambil kau dekat rumah pukul 9 pagi."
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Teen FictionGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...