9 Mei
Aku membuat laporan polis tentang kehilangan kad pengenalan dan kunci kereta aku.
Berita baiknya, aku dapat semula kad pengenalan dan kunci kereta aku. Berita buruknya, jiwa aku sudah nazak.
Otak aku sudah tidak boleh berfikir dengan betul. Badan aku letih, jiwa aku lesap. Aku tiada pekerjaan sekarang dan aku buntu nak memohon agensi mana pula ini.
Mungkin aku patut mengalah menjadi artist?
Kesimpulannya, aku berakhir dengan di landa demam panas. Aku duduk seorang diri di dalam bilik aku. Tidak makan, tidak minum... hanya tidur sahaja.
Tiba-tiba,
'Ding-dong~'
Siapa pula yang datang ini? Pada awalnya aku memang malas nak membuka pintu. Akan tetapi,
'Ding-dong! Ding-dong! Ding-dong!'
Annoying pula aku mendengar bunyi loceng ini. Kalau aku tidak membuka pintu itu, maksudnya tiada oranglah! Tidak faham bahasa betullah dia ini.
Aku pun terus menggagahkan diri untuk ke pintu. Aku ke pintu utama dengan selimut membaluti badan aku.
Buka-buka sahaja pintu,
Cackle : "Catz?"
Aku terus membuat muka terkejut. Kenapa mesti kau? Menyesal aku membuka pintu.
Apabila Cackle nampak keadaan aku yang macam ini, apa lagi dia?
Cackle : "Catz! Kenapa dengan kau ini? Kau demam ke?"
Catz : "Eh?"
Cackle pergi menerjah aku sampai kita orang berdua terjatuh. Sakitnya belakang aku masa ini.... Aku tendang juga dia ini....
Cackle : "Catz. Badan kau panas sangat ini...."
Cackle memegang pipi aku. Aku terus menepis tangannya.
Catz : "Kau buat apa dekat sini?"
Cackle : "Aku tengok berita yang kad pengenalan kau ada dekat Team 4T2. Apa yang dah terjadi?"
Catz : "Sebelum itu, bangun dari badan aku. Semacam rasanya."
Begini situasi kita orang. Aku terbaring di atas lantai dan Cackle berada di atas aku. Seram kan rasanya?
Cackle pun terus bangun dari badan aku.
Cackle : "Sini aku angkat kau pergi bilik."
Catz : "Tak payah! Aku boleh pergi sendiri."
Cackle : "Kalau macam itu, biar aku papah kau."
Aku terus memandangnya semacam. Tinggi dia 180 something dan aku 174. Bayangkanlah betapa jauh perbezaannya. Tergantung teruk aku nanti jikalau dia memapah aku.
Cackle : "Kenapa kau pandang aku macam itu? Aku salah cakap ke?"
Catz : "Tak ada apa-apalah. Tak payah tolong aku."
Cackle : "What? Aku datang sebab risaukan kau tau. Macam ini kau balas?"
Urgh.... Dia ini nak merajuk pula ke? Aku tidak larat ini....
Catz : "Kalau macam itu, bagi aku panjat belakang kau."
Cackle : "O... okey."
Cackle pun kekuda membelakangi aku. Aku pun terus memanjat belakangnya.
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Teen FictionGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...