³⁸ 「6 Julai : Kehangatan Jiwa Doktor Chen」

69 24 2
                                    

6 Julai

Malam semalam, aku menceritakan kepada Doktor Chen fasal masalah mental aku.

🌸🌸🌸

Pada hari ini pula, dia berjanji akan cuba merawat aku dengan menggunakan kaedah tradisional.

Aku pun tidak tahu tetapi dia membawa aku ke bahagian belakang rumahnya. Terdapat sebuah bilik bertutup dengan kolam untuk seorang. Dia nak buat apa ini?

🌸🌸🌸

Masa ini aku tengah menunggu dia di dalam bilik itu. Dia pergi ambil apa entah aku tidak tahu. Tidak lama kemudian,

Chen : "Kamu tunggu lama ke?"

Catz : "Ah, tak. Baru sahaja ini...."

Chen : "Ahahah.... Okey. Ayah dah bawakan bahan-bahannya ini. Firstly, kita try dengan berbekam."

Aku memandangnya pelik. Apa kebendanya bekam itu? Kenapa aku tidak pernah mendengarnya?

Chen : "Buka baju kamu."

Aku pun membuka baju aku seperti yang di suruh. Tiadalah terfikirkan benda yang entah apa-apa. Aku hanya membayangkan seperti nak membuat terapi biasa sahaja.

Catz : "Ayah nak membuat rawatan apa ini?"

Chen : "Ianya rawatan tradisional. Masalah mental dan emosi kamu ini berfaktor daripada sistem saraf kamu yang tidak berjalan dengan baik. Kamu tak jaga kesihatan kamu elok-elok kan? Jarang makan.... Selalu tak cukup tidur.... Sibuk sangat sampai tak sempat nak panaskan badan. Betul tak?"

Aku terus tersengih. Betullah itu.... Jadinya sistem badan aku yang tidak lancar menyebabkan aku mudah terganggu dengan masalah emosi? Macam itu ye? Okey.... That's make sense.

Chen : "Jadi sekarang ini, meniarap."

Doktor Chen membentangkan tikar getah di atas lantai. Aku pun dengan tidak berbajunya terus meniarap.

Aku tiada idea langsung apa yang akan berlaku selepas ini. Sakit tak bekam ini?

Chen : "Okey. Sakit sedikit.... tapi lepas itu, kamu akan rasa okey."

Sakit sedikit? Hmm.... Okey? Aku hanya membisu dan membiarkan Doktor Chen melakukan tugasnya.

Tidak lama kemudian, aku dapat merasakan yang kulit aku tertarik. Sakit sedikitlah. Aku tidak nampak apa yang berlaku di belakang aku. Tetapi aku dapat membayangkan apa yang sedang berlaku.

🌸🌸🌸

Dalam beberapa minit kemudian, sesi bekam aku pun selesai. Aku pun di minta untuk duduk. Tetapi seriously, selepas sesi bekam itu badan aku terasa sangat ringan. Macam ada benda yang melekat di belakang aku tiba-tiba tertanggal.

Chen : "Haa! Kamu nak tengok apa yang ayah buat dekat balakang kamu?"

Aku pun terus menganggukkan kepala aku.

Doktor Chen menunjukkan beberapa bekas bulat dengan cecair gelap didalamnya. Apa bendanya itu? Gelinya aku menengoknya.

Catz : A... apa itu?"

Chen : "Ini namanya mangkuk bekam. Mangkuk inilah yang ayah letak dekat belakang kamu. Kulit kamu rasa tertarik dan panas sedikit kan tadi?"

Catz : "Ye?"

Chen : "Itu sebab mangkuk ini akan memaksa darah kotor yang terkandung dalam badan kamu itu keluar. Sekarang ini, badan kamu ada rasa apa-apa perbezaan tak?"

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now