2 Disember
Album kedua aku sudah empat hari dikeluarkan. Album kedua aku bertajuk 'Crown On Top' dan bergenre hip hop.
Biar aku jelaskan perincian tentang lagu ini. Lagu ini mengisahkan tentang aku. Ahahah.... Akhirnya, ada juga lagu yang mengisahkan tentang diri aku. Yang mana aku daripada budak gelandangan kini evolve kepada jejaka idaman media. Ceh wah.... Overlah.
Tetapi memang itulah kisah lagu ini. Aku mengambil masa yang lama untuk berlatih menyanyi lagu ini sebab ianya hip hop. So mesti ada part yang laju macam rap itu. Berbelit lidah aku nak menyebut perkataan itu.
Muzik video pula, aku kena membawa watak ala-ala bad boy begitu. Ada scene aku menari dalam kumpulan dan ianya nampak sangat bertenaga dan seragam.
Sekali pandang seperti kumpulan band k-pop sahaja~ Ada juga komen daripada peminat mengatakan yang aku nampak sangat seksi dengan tarian ala-ala bad boy itu.
Aaa.... Cuma yang pasti, jumlah tontonan untuk album kedua aku lebih banyak daripada album pertama aku. Terima kasih kepada kru-kru StarLite kerana bersama-sama menjayakan projek ini. Aku rasa sangat terharu. Cukuplah fasal album aku itu.
🌸🌸🌸
Hari ini, aku sangat sibuk. Daripada photoshoot untuk majalah pop, sampailah ke rancangan realiti.
Pada awalnya, aku memang nak cuti seperti sebelum ini. Akan tetapi disebabkan jadual aku yang terlalu padat, aku perlu menolak ke tepi dahulu rancangan aku itu.
2 Disember
Aku di jemput untuk bertanding dalam anugerah muzik tempatan tahunan. Aku pun hadir untuk membuat persembahan.
Ianya persembahan solo terbesar pertama aku. Rasa gementar dan dalam masa yang sama, rasa bersemangat. Bersemangat nak menghiburkan peminat-peminat aku.
Walaupun aku baru debut, namun aku masih lagi di kira sebagai orang yang berpengalaman dalam bidang industri muzik ini.
Nama aku juga tersenarai sebagai penyanyi paling latest yang meletup dan juga anugerah artist pilihan peminat terpanas. Terima kasih kepada semua peminat yang setia menyokong aku. Tanpa sokongan kuat peminat aku, aku mungkin tidak akan sampai setinggi ini.
Namun begitu, aku tetap kena merendah diri terutama sekali bagi penyanyi-penyanyi lama yang sudah memang legend dalam bidang ini.
🌸🌸🌸
Malam itu di agensi,
Kay : "Terbaiklah, Catz!"
Rin : "Wah.... Ruang hall of fame kita telah pun terisi."
Kesemua kru di StarLite Entertainment berada di bilik hall of fame untuk menyusun anugerah yang aku telah dapat hari ini.
Akan tetapi badan aku tiba-tiba rasa tidak sedap. Mungkin sebab aku bekerja terlalu kuat? Aku pun membuat keputusan untuk berehat di bilik tanpa sempat makan malam.
4 Disember
Aku, manager, pembantu Rin dan bodyguard Tyler ke sebuah studio untuk rancangan realiti khas iaitu 'Idol Rising'.
Ianya sebuah rancangan realiti yang akan menampilkan dua orang idola yang saling bergandingan.
Persoalannya, aku selalu digandingkan dengan siapa? Well, kita hanya perlu menunggu dan tengok sendiri. Actually, aku pun tidak tahu sebenarnya.
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Teen FictionGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...