Malam itu, aku nak masuk tidur. Kemudian aku memandang ke arah telefon bimbit aku. Patut ke aku call Mint? Hmm.... Aku dapat rasakan yang dia mesti sangat sedih kena kecam dengan netizen sekarang ini.
Uish.... The power of netizen ini, menteri pun tewas. Aku pun terus mengambil telefon aku dan menghubungi Mint.
Tiga kali aku call, tiga kali dia tidak menjawab panggilan itu. Agaknya.... Dia sudah tidur ke? Tak apalah. Aku call dia esok sahajalah kalau macam itu.
29 September
Aku bangun dan bersarapan dengan manager. Makan roti bakar sahaja kita orang pagi ini. Sebab manager nak cepat untuk menyiapkan dokumen debut aku pada pihak media. Kenalah bagitahu media dulu kalau nak mulakan apa-apa. Barulah boleh dapat viewer yang ramai.
Manager terus pergi meninggalkan aku sendirian di dalam apartment. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Ianya Mint.
Aku segera menjawabnya.
Catz : "Hello."
Mint : "Catz.... Kau telefon aku ke semalam?"
Catz : "Ye. Kau sudah tidur ye semalam?"
Mint : "Hmm.... Ye."
Catz : "Sorry."
Tiba-tiba talian kita orang menyepi. Jarang aku mendengar si Mint ini menjadi pendiam. Expectation aku apabila call dia adalah ini....
🌸🌸🌸
Mint : "Catz! Aku rindu kau~ Bila aku dapat peluk kau? Kau dah tak rindukan aku ke?"
🌸🌸🌸
Itulah expectation aku. Akan tetapi mendengar sendiri keadaannya yang sebegini, nampak sangat ketara yang dia ada masalah.
Catz : "Mint. Kau okey ke itu?"
Mint : "Ahahah.... Aku okey~"
Ahaa.... Gelak yang fake. Aku kenal sangat gelak fake ini.
Catz : "Kan aku pernah cakap dengan kau sebelum ini? Kalau kau ada masalah, kau share sahaja dengan aku. Aku sedia sparekan masa aku untuk kau. Tak elok tau kau nak pendam semua itu...."
Mint : "Hmm.... Sebenarnya.... Ada seorang artist lelaki ini tergilakan aku.
Aku terus membisu. What? Kenapa aku dengar benda lain daripada Cackle?
Catz : "Bukan ada haters kau sebarkan yang kau suka menjual maruah ke?"
Mint : "Itu adalah rentetan selepas benda ini."
Okey.... So siapa jantan jalang yang sesuka hati nak mengacau Mint ini?
Catz : "Siapa jantan itu?"
Mint : "Eh, tak apalah. Aku boleh deal dengan dia sendiri."
Catz : "Aku tanya sekali lagi. Siapa jantan itu?"
Mint ragu-ragu nak mendedahkan namanya kepada aku.
Aku tidak peduli. Aku dapat tahu siapa jantan itu, memang lesap dia daripada dunia ini.
Mint : "Ten daripada kumpulan Minus-O."
Catz : "Nama kumpulan itu pun aku tak pernah dengar."
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Novela JuvenilGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...