⁵⁰ 「26 September : Aura Baru」

60 25 7
                                    

26 September

Chen : "Bawa kereta elok-elok, Catz."

Aku hendak pulang ke Agensi StarLite. Cuti seminggu aku pun telah pun tamat. Doktor Chen pula akan tinggal di rumah aku sementara dia mencari rumah untuk di beli.

Aku pun pulang ke agensi dengan kereta aku dan....

Catz : "Wau...."

Aku baru sahaja cuti seminggu dan lihatlah perbezaan apartment ini. Daripada apartment yang usang kepada apartment yang sangat cantik. Siap ada papan tanda 'StarLite Ent.' lagi. Ini barulah kelas.

Aku pun masuk ke dalam apartment agensi. Masuk sahaja.... Sudah macam agensi lain sahaja ini? Aku pun keluar semula. Betul ke yang aku tidak salah agensi ini?

Winnie : "Catz. Selamat pulang~ Saya nak tunjukkan sesuatu dekat awak."

Kalau Manager Winnie ada, that's mean. Aku tidak salah lagi. Apa yang Manager Winnie nak tunjukkan pada aku?

Manager Winnie pun berjalan ke tingkat tiga. Aku pun mengekorinya dari belakang dan....

Winnie : "Tingkat tiga ini ada bilik audio rakaman, bilik latihan menyanyi, gymnasium dan bilik rehat atau lebih dikenali sebagai bilik lepak pekerja."

Catz : "Wau~"

Seriously. Memang sudah lain sangat aras tiga ini daripada masa mula-mula aku masuk sini.

Nampak sangat grandlah. Dalam masa seminggu sahaja woi! Applause. Mahu ternganga sampai masuk tebuan pun aku tidak sedar sebab terlalu kagum.

Winnie : "Jom ke tingkat empat pula."

Catz : "Tingkat empat?"

Manager Winnie sudah renovate tingkat empat ke? Aku memang tak pernah melihat tingkat empat kerana tidak sanggup. Dahsyat sangat keadaan sebelumnya. 

Manager Winnie terus menaiki tangga. Aku pun kembali mengekorinya. Tengokkan pada anak tangga pun sangat grand. Siap ada karpet warna merah lagi yang membaluti tangga dan keseluruhan lantai ini.

Tingkat empat ini pula kelihatan sangat berkelas tinggi. Aku sangat terkejut melihatkan perbezaannya. Walaupun aku tidak pernah melihat pun rupa asal tingkat empat ini. Ohohhh....

Winnie : "Dekat tingkat empat ini ada mini library, bilik latihan tarian, bilik latihan lakonan, bilik latihan komunikasi dan... bilik hall of fame~"

Manager membuka sebuah pintu dan didalamnya seperti pusat pameran ala-ala di raja. Sangat mewah dan berkelas tinggi.

Itulah bilik hall of fame yang manager katakan. Aku terkejut kerana keuntungan kita orang cukup untuk menampung kos renovate untuk keseluruhan bangunan agensi.

Maksudnya, memang untungnya melambunglah kan? Berapa ratus ribu habis renovate ini?

Winnie : "Awak suka tak?"

Catz : "Gila saya tak suka? Saya suka sangat. Terima kasih, manager."

Winnie : "Ianya berkat usaha keras awak juga kita dah boleh tampung semua ini."

Catz : "Eh, saya just menyanyi sahaja. Selebihnya manager dan kru lain yang menguruskan."

Winnie : "Oh, cakap fasal kru lain.... Saya sudah menyediakan trainer bagi setiap unit yang telah saya bina ini."

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now