18 Julai
Aku, Cackle, Mint, Rokay, Vector dan Lola sedang bergotong-royong membersihkan rumah aku yang aku telah jahanamkan tempoh hari. Akan tetapi kita orang mempunyai masalah untuk melukis mural di ruang makan rumah aku.
Lalu aku pun menghubungi.... Kumpulan 'BB'!
Ini yang aku nak memperkenalkan kepada anda semua. Terdapat tiga orang dalam Team BB ini.
Dia orang bertiga adalah kumpulan pop yang sama-sama naik semasa aku masih dalam Team Thirds' Brother. Dia orang ini juga merupakan teman rapat kita orang semasa di sekolah tinggi dulu.
Tujuan aku call dia orang kerana salah seorang daripada ahli team dia orang ini memang ada ciri-ciri berdarah seni.
Ahli team dia orang adalah, Randy Courstein, Rosen Bell dan Boomer Lynx. Kenal tidak dengan dia orang ini? Jikalau tidak kenal, aku akan kenalkan satu-satu.
Bermula daripada Randy sebagai ketua Kumpulan BB. Aku tidak ingatlah yang aku pernah mention ke tidak nama dia ini dalam chapter sebelum-sebelum ini. Tidak pernah rasanya.
Tetapi dia di sekolah merupakan kapten pasukan bola keranjang. Ramah sangat orangnya dan selalu hang dengan Cackle dan Vector. Tinggi-tinggi budaknya. Mulut becok sedikit. Jikalau bergabung dengan Cackle, memang meletup satu kelas itu.
Next, Lynx. Aku selalu panggil dia Ex kerana satu sekolah panggil dia dengan nama macam itu. Dia agak pendiam tetapi aku suka berborak dengan dia. Kenapa? Kerana dia tidak banyak loyar buruk macam Randy.
Dia seorang yang straight forward dan agak tegas sedikit tetapi bagi orang yang sudah lama kenal dengan dia ini, sudah biasa dah itu kalau kena tegur depan-depan dengan dia.
Budaknya tinggi-tinggi aku sahaja.... Rambut dia berwarna oren macam lobak merah itu. Kalau pergi mana-mana mesti dia memakai topi sukan dia itu.
Dia inilah yang aku katakan ada darah seni itu. Sebab aku pernah tengok dia melukis pemandangan di padang sekolah semasa rehat dulu. Memang cantik.
Yang ketiga, Bell. Kumpulan ini berbeza dengan kita orang kerana kita orang tiga-tiga lelaki. Tetapi kumpulan ini ada satu-satunya perempuan dalam kumpulan.
Dialah itu.... Budak nerdy di sekolah dulu tetapi humble sangat. Aku jarang berborak dengan dia sebab dia selalu membaca buku sahaja dulu. Terkejut juga yang dia sekarang join team band macam ini.
So itu sahaja pengenalan ringkas tentang dia orang bertiga. Kesimpulannya, kita orang memang agak rapat dulu.
🌸🌸🌸
Beberapa jam kemudian, kumpulan BB ini tiba dihadapan rumah aku.
Randy : "Yosh! Mana benda yang nak diselesaikannya itu?"
Vector : "An?"
An ini nama nickname Randy. Senang bukan nak memanggil nama dia?
Mint : "Bell...!"
Bell : "Hai~"
Rokay : "Kau contact dia orang?"
Catz : "Ye. Tak expect pun yang kau orang free."
Lynx : "Kita orang baru habis shooting lagi pun. Macam mana keadaan kau sekarang, Catz?"
Catz : "Aku okey sahaja.... Biasalah sebelum ini tertekan sedikit."
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Teen FictionGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...