⁸ 「3 April : Krisis」

127 39 78
                                    

3 April

Malam tersebut, aku bergerak ke studio. Even penat kena denda hari ini. Denda yang fake!

Dengan muka pucatnya.... Tiba-tiba,

Mint : "Cik Shiwa? Awak tak apa-apa ke? Muka awak nampak penatlah."

Catz : "T... tak. Saya cuma penat sedikit. Berkejar-kejar dari tadi."

Mint : "Cik Shiwa buat apa sampai penat macam ini?"

Catz : "Tak apalah. Kita teruskan bekerja."

Masa live pun suara aku lain. Sudah pecah pula ke suara aku? Oh, tidak.... Sama ada pecah atau aku yang tidak berapa nak sihat.

Tiba-tiba chewing gum menghentikan siaran buat sementara. Aku memandang wajahnya pelik. Now what?

Mint : "Saya rasa cik Shiwa perlu pergi berehatlah."

Mark : "Saya setuju itu. Suara kamu dengar macam orang tak sihat."

Betul ke? Teruk sangat ke suara aku? Aku hanya mampu akur dan pulang ke rumah.

🌸🌸🌸

Balik ke rumah, badan aku rasa melayang. Rasa macam nak pitam pun ada. Kenapa dengan aku ini? Aku pun berbaring di atas katil dan mula untuk tidur.

🌸🌸🌸

Keesokkan harinya, aku sudah menemui jawapan untuk simptom aku malam tadi.

Aku di landa demam panas. Aah, malangnya nasib aku ini. Aku rasa aku push diri aku kuat sangat semalam sampai aku demam.

Aku berehat di atas katil dan langsung tidak berdaya untuk membuat apa-apa. Even nak bangun untuk memasak pun tidak larat.

Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng rumah aku dibunyikan. Mungkinkah?

Kemudian,

Cackle : "Catz!"

Aku sangat terkejut. Sejak bila dia ada kunci rumah aku ini?

Vector : "Catz.... Kau okey ke?"

Vector memegang dahi aku. Sejuknya tangan dia. Ke dahi aku yang panas sangat?

Cackle : "Kau dah makan ke?"

Aku menggelengkan kepala.

Cackle : "Kesiannya kau. Biar aku buatkan bubur untuk kau."

Cackle dan Vector terus keluar daripada bilik aku. Memang otak mereka berdua ini senget sebelah. Tetapi dia orang berdua sangat mengambil berat.

🌸🌸🌸

20 minit kemudian, masih tiada apa-apa berita mereka. Lamanya dia orang ini? Masak ke shopping?

Tiba-tiba Cackle dan Vector masuk dengan sedulang hidangan. Ianya bubur dan fizikal bubur itu nampak macam okey. Tetapi tidak tahulah rasa dia macam mana kan?

Aku pun mengambil mangkuk bubur tersebut dan di tiup perlahan-lahan.

Disebabkan terlalu lapar, aku hanya meniup beberapa kali sahaja bubur tersebut. Akibatnya, lidah aku melecur.

Catz : "Panas!"

Cackle : "Apa yang kau buat ini?"

Cackle terus mengambil mangkuk bubur daripada tangan aku. Dia kemudian meniup sesudu bubur tersebut dan dihalakan ke arah aku. What? Jangan cakap yang dia nak menyuapkan aku?

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now