²⁷ 「5 Disember : Thirds' Brother Dibubarkan, Cackle Hilang Dari Radar」

77 25 0
                                    

5 Disember

Aku bermalam di rumah Cackle.

Pada Masa aku tiba di rumah dia, abang sulung dia berada di rumah untuk berbincang akan sesuatu.

So aku pun hanya duduk di dalam biliknya sendirian. Aku ini siapa nak masuk campur masalah family dia orang kan?

Agak lamalah juga aku duduk seorang diri di dalam bilik itu.

Lebih kurang sejam somethinglah, baru Cackle masuk ke dalam bilik. Muka dia nampak frust. Kenapa pula ini?

Catz : "Kenapa? Apa yang dah jadi?"

Cackle : "Kakak aku cakap, mak aku tengah sakit."

Catz : "Sakit apa? Teruk ke?"

Cackle : "Aku tak tahu. Dia orang tak cakap apa-apa."

Cackle pun dengan murungnya duduk di sebelah aku. Aku faham macam mana perasaan apabila orang yang kita sayang berada dalam keadaan yang kritikal. Mesti sedih kan? Even aku yang lahir tiada mak ayah pun aku dapat rasakan benda itu.

Cackle : "Hei, Catz?"

Catz : "Ye?"

Cackle : "Kau pernah pinjam duit dekat along tak?"

Aku terus memandang ke arahnya semacam. Dia ini...? Jangan nak membuat jenakalah. Along itu! Bukannya angah.

Catz : "Hei, susah-susah hidup aku pun. Aku tak pernah pinjam dekat alonglah. Kenapa kau tanya? Jangan berani kau nak pinjam dengan dia orang. Makan diri kau nanti."

Kau jangan pelik-pelik ye, Cackle? Ini sudah macam kes Vector juga ini.

Cackle : "Tak adalah.... Aku sengaja sahaja tanya."

Catz : "Sahaja? Jangan ingat aku tak kenal kaulah. Kau bukannya jenis yang kisah sangat fasal duit."

Cackle : "Hei? Aku kisah ye?"

Catz : "Kalau macam itu, berapa baki duit gaji kau bulan ini yang tinggal?"

Cackle terus berkerut dahi. Dia ini memang jenis yang boros dan tidak kisahkan bab duit ini sangat. Aku sudah kenal sangat dengan dia ini.

Cackle : "Urm.... Entah?"

Catz : "Aku bagi amaran. Jangan kau berani-berani nak pinjam dengan dia orang."

Cackle : "Tak, tak. Aku cuma... nak keluar daripada team untuk sementara waktu."

Aku terus tersedak mendengar kata-kata tidak masuk akal Cackle. Seriouslah dia ini?

Catz : "Kau jangan nak berguraulah! Kita baru sahaja debut dua tahun lepas. Susah payah kita naik macam ini, lepas itu kau nak kita disbanned pula?"

Memang membuaklah hati aku mendengarnya.

Cackle : "Aku tak suruh kita disbanned. Kau still boleh teruskan dengan Vector."

Catz : "kau dengar sini, tak akan wujud cerita Three Mousketeer kalau cuma ada dua mousketeer. Tak akan ada cerita chipmunk, kalau cuma ada dua ekor chipmunk sahaja. Kau faham tak?"

Cackle : "Aku tahu. Tapi... aku kena settlekan masalah family aku dulu. Family first... betul tak?"

Aku hanya membisu dan masih berkeras dengan tindakan terburu-buru Cackle. Benda boleh settle dengan cara lain woi?

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now