17 Oktober
Ianya hari yang sangat memenatkan buat diriku. Aku baru sahaja pulang dari shooting untuk cover majalah pop dan interview pihak media.
Penat sangat.... Beginilah hidup sebagai seorang leader. Banyak appointment dan temu janji.
🌸🌸🌸
Aku baru selesai appointment untuk hari ini. Jadinya aku terus pulang ke rumah.
Tidak menyempat untuk aku bergerak ke dalam bilik, aku terus tertidur di atas sofa. Maka bermulalah suatu kisah ini.
Cerita ini aku dapat tahu melalui CCTV rumah aku. Aku memang tak sedar apa yang telah berlaku sepanjang hari ini.
Baiklah. Biar aku menceritakan semula kesemua benda yang telah berlaku.
🌸🌸🌸
Tidak lama selepas aku tidur itu, kedengaran suara dua ketul makhluk di luar rumah aku.
Mint : "Catz sudah baliklah...."
Cackle : "Hmm, aku rasa dia mesti tengah tidur sekarang ini. Hari ini dia sangat sibuk. Aku call dia pun tidak berangkat."
Cackle dan Mint berjalan secara senyap ke hadapan pintu rumah aku.
Mint : "Boleh ke kita main masuk sahaja ini?"
Cackle : "Alaa.... Relaxlah. Rumah dia, rumah aku juga~"
What? Suka hati datuk nenek dia sahaja hendak mengisytiharkan macam itu.
Cackle dan Mint masih berada di luar rumah aku. Apa yang dia orang nak buat ini? Dia orang berdua pula itu.... So suspens.
Mint memutarkan tombol pintu rumah aku. Selamat aku mengunci pintu rumah aku hari itu.
Mint : "Ianya berkunci."
Cackle : "Jangan risau. Aku tahu dia ada sorokkan kunci spare dekat dalam pasu ini."
Crap! Sejak bila aku pernah bagitahu dengan dia fasal kunci spare aku ini? Aku tidak selamat!
Cackle pun mengambil kunci spare aku dekat dalam pasu bunga dan membuka pintu rumah aku. Ikut suka hati dia sahaja nak memasuki rumah orang tanpa izin.
Dia orang berdua pun memasuki rumah aku dengan senang hatinya. Ini boleh dilabelkan sebagai merompak ke?
Masuk-masuk sahaja, dia orang ternampak aku yang sedang tidur dengan nyenyaknya di atas sofa.
Cackle : "Kan betul aku cakap. Dia nampak sangat penat.... Jarang tengok dia tidur dekat atas sofa. Ini mesti penat sangat. Jomlah, Mint."
Cackle berjalan ke dapur rumah aku dan membiarkan aku berehat.
Sementara Mint, dia asyik memandang aku daripada tadi. Kenapa? Teruk sangat ke gaya aku tidur masa ini?
Cackle : "Mint. Kau tunggu apa itu? Nanti dia bangunlah."
Mint : "Aku geram...."
Geram? Aigh? Semacam pula dengan si Mint ini. Kenapa? Apa yang dia geram kan?
Cackle : "Apa yang kau geramkan itu?"
Mint : "Boleh tak kalau aku nak gigit abs dia itu?"
Gah! Baru aku tahu kenapa dia macam itu.
Masa aku tengah tidur ini... baju aku terselak. Aku rasa dia ternampak abdomen dekat perut aku? Omg....
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Novela JuvenilGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...