7 Februari
Aku mengambil cuti seminggu sebab hari ini aku akan bercuti dengan Cackle dan Vector.
Setelah hampir beberapa tahun kita orang tidak keluar bercuti sama-sama. Akhirnya, keluar juga kita orang. Kita orang share duit untuk book sebuah hotel family betul-betul di tepi pantai.
🌸🌸🌸
Aku sampai di hotel dan dia orang berdua masih belum sampai lagi. Terpaksalah aku berlegar di lobi hotel itu.
Sambil-sambil aku duduk di sofa tempat menunggu itu, macam biasalah. Mestilah ada orang-orang yang curi-curi ambil paparazzi aku. Ada juga yang meminta autograf aku.
Aku pun memang tengah bosan. So aku pun melayankan sahaja peminat aku itu. Lambat sangat menunggu dia orang ini.
🌸🌸🌸
Beberapa jam kemudian, barulah Cackle dan Vector sampai. Aku nak marah sebenarnya ini. Lambat tahap raja siput al-babi. Tetapi....
Cackle : "Hoi! Kau dah sampai sini? Puas kita orang tunggu."
Eh? Dia orang tunggu aku? Another thing, aku yang menunggu kau orang lama di sini tau?
Catz : "Eh? Kau orang tunggu aku dekat mana?"
Vector : "Ini mesti kau tak buka phone ini kan?"
Aku pun terus melihat ke arah telefon aku. Ada mesej daripada Cackle suruh tunggu di cafe tempat kita orang selalu melepak.
Aku hanya tersengeh kerang busuk ke arah Cackle. Salah dia oranglah tidak call. Aku ini kalau sms memang jarang tengok.
Cackle : "Apa sengih-sengih?"
Catz : "Alaa.... Sorrylah. Aku tengah drive. Tak sempat nak tengok phone."
Cackle : "Dahlah. Kau dah check in ke?"
Catz : "Belum. Aku tunggu kau oranglah ini."
Vector : "Jom kita check in!"
Vector terus menarik kita orang berdua ke kaunter. Penjaga kaunter tersebut terkaku melihat kita orang bertiga merupakan salah seorang pelanggannya.
Cackle pun pantang nampak perempuan. Dia apa lagi?
Cackle : "Cik? Ada orang cakap yang cik ini cantik tak? Anggap yang saya ini orang pertama cakap macam itu~"
Aku sudah memandangnya kerek. Kau lupa ke yang kau bukan artist sekarang ini? Pleaselah, Cack.
Catz : "Sudahlah...."
Aku dan Vector terus menarik Cackle sebelum melarat pula ulat bulunya itu. Aku bagi telan ubat gegat baru tahu. Gatal betul!
Vector : "Kau kena ingat yang kau bukan artist sekarang ini, Cackle."
Cackle : "Alaa.... Sengaja sahaja."
Catz : "Sengaja sahaja. Kalau orang itu dah menaruh harapan dekat kau, teruk jadinya."
Cackle : "Hmm.... Aku dah terbiasa hidup macam artist."
Catz : "Tak payah beranganlah kau."
Cackle : "Betullah. Setiap kali ada customer yang datang, mesti dia orang ajak selfie dengan aku. Ada pula yang datang bukan nak beli barang tapi nak jumpa aku."
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Teen FictionGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...