Hello, nama aku Catz Nasinasion. Jangan berani kata tidak kenal dengan nama yang cukup terkenal ini. Apa? Jujurlah yang kau orang tidak kenal aku? Fine.
Kalau betul tidak kenal, aku adalah seorang penyanyi dan model majalah pop yang boleh dikatakan terkenallah juga. Tak sangka yang kau orang tidak kenal aku....
Kalau macam itu, amatilah kisah hidup aku ini dan kau orang akan mengenali siapa aku.
Ini ialah diari rahsia aku yang sepatutnya tidak boleh dibongkarkan kepada sesiapa. Setelah selesai membaca semua ini, jangan bagitahu sesiapa pun. Biarkan ianya rahsia.
1 Januari
Aku mendaftar masuk sebagai pelajar baru di Sekolah Menengah Tinggi Houston. Dengar nama sahaja pun macam 'Gah' sangat sekolah ini. Aku berpindah ke sini pun untuk mencari kerja dan bersekolah.
Aku berpindah ke sini ketika aku dalam lingkungan pelajar tahun dua. Maksudnya, sebelum ini aku memang tidak pernah bersekolah dan tiba-tiba melompat ke tahun dua.
Kiranya aku masuk belajar lambatlah.... Itu pun tidak fahamkah?
Aku tidak ada mak mahupun ayah. Aku lahir tanpa dia orang. Nak tahu macam mana aku boleh kehilangan dia orang? Kena teruskan membaca dan nanti kau orang akan tahu sendiri di kemudian hari.
Aku ini hanya tinggal sendirian di rumah yang tertunggak bayaran sewanya. Menunggu masa untuk di tendang keluar sahaja.
Aku mendaftar masuk ke sini pun berkat daripada biasiswa yang pihak kementerian berikan. Pelik, biasiswa dia bagi tetapi bantuan rumah tidak bagi. Aku tidak faham betullah dengan kerajaan di sini.
Hidup aku yang cukup susah ini, aku sembunyikan daripada pengetahuan semua orang. Tiada sesiapa pun mengetahui yang aku ini seorang anak yatim piatu.
Malah, aku tak nak berkawan dengan sesiapa pun untuk menyembunyikan diri aku yang cukup kekurangan ini.
Lantak kaulah nak cakap aku kera sumbang ke kera bisu ke apa. Ada aku kisah ke?
Namun terdapat suatu masa, aku terserempak dengan satu makhluk ini di sekolah. Dia tiba-tiba sahaja menegurku.
"Hei, budak baru. Awak ini comellah."
Kelakarlah apabila dia bercakap macam itu dekat aku. Sudahlah tiba-tiba sahaja.... Gila ke apa budak ini?
Masalah sekarang ini, dia lelaki dan aku pun lelaki. Apa masalah dia ini? Gay ke?
Rambut dia sudahlah berwarna putih uban. Aku tidak tipu tahu? Rambut dia berwarna putih dan agak keperangan sedikit.
Aku hanya membisu dan tidak mempedulikannya. Malas sebenarnya. Tidak kuasa aku nak melayankan budak tidak semenggah ini.
"Saya tengah bercakap dengan tunggul ke ini? Oh, biar saya teka. Awak malu ye?"
Dia memandang ke arah aku dengan senyuman yang pada ketika itu aku sangat menyampah memandangnya.
Malu? Selepas itu, dia memanggil aku tunggul? What the f***! Boleh tak jangan mengganggu aku? Aku tak nak berkawan dengan kaulah.
Tolong.... Fikiran aku sangat terganggu pada ketika itu. Rasa macam... kalau aku tidak sabar, sudah mati anak orang ini aku kerjakannya. Nasib baik kesabaran aku masih ada lagi pada ketika ini.
Tidak lama kemudian, cikgu pun masuk ke dalam kelas. Pembelajaran bermula seperti biasa sehinggalah loceng rehat berbunyi.
🌸🌸🌸
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Teen FictionGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...