⁵⁶ 「9 Mei : Tragedi Air Koktail」

63 25 2
                                    

9 Mei

Ianya hari karnival muzik tahunan.

Setiap bulan Mei, daerah ini akan mengadakan karnival tahunan muzik untuk meraikan idola terhangat tanah air. Ada juga karnival macam ini ye?

Aku dan Stevan di jemput hadir ke sana untuk membuat persembahan. Ini kali pertama kita orang berdua membuat persembahan secara berdua. Kalau tidak, kita orang memang akan menyanyi sendiri-sendiri.

Manager pula, sangat sibuk menguruskan urusan agensi sehingga tidak sempat nak memantau kita orang berdua di sini. So Tyler yang akan menggantikan tempat manager. Dia memang bodyguard kita orang pun.

Akan tetapi... aku dan Stevan mengarahkan Tyler supaya memakai baju casual. Aku tak naklah dia memakai baju blazer dia itu. Nampak macam menunjuk pula kan? 

So Tyler memakai baju yang sangat casual. Dia langsung tidak nampak macam bodyguard kita orang. Nampak macam kawan sahaja....

🌸🌸🌸

Untuk event ini sahaja, Trainer Roy siap ciptakan sebuah lagu duet untuk kita orang berdua. Album pertama kita orang berdua.

Lagu ini bergenre rock and roll. Grand kan? Bukan selalu aku membawa genre rock ini. 

Lagu kita orang berdua telah membuatkan pentas mulai terbakar. Semua penyokong bersorak dengan kuatnya. Bagai nak pecahlah speaker itu dengan jeritan dia orang.

🌸🌸🌸

Setelah selesai persembahan, kita orang pun berlegar di karnival itu.

Terdapat banyak hidangan yang sedap-sedap di jual di situ. Aku, Stevan dan Tyler pun berlegar di situ dengan senang hatinya.

Stevan : "Abang Catz. Nak try beli corndog itu tak? Nampak sangat sedap."

Catz : "Hmm...."

Ke mana kita orang berdua pergi, Tyler mesti ikut sekali. Kadang-kadang rasa rimas sebab dia just ikut kita orang dan memang berlagak macam bodyguard. Sudah itu memang kerjanya kan? Nak buat macam mana?

Tetapi at least, ambillah feel sedikit kalau ye pun. Macam kita orang berdua sahaja yang syok sendiri di situ dengan dia. Nasib baiklah aku ada Stevan sekarang ini.

Aku dan Stevan membeli corndog yang berada dihadapan kita orang.

Besarnya corndog ini.... Macam mana nak memakannya? Aku memandang ke arah Stevan yang terus menggigit corndog yang cukup besar itu dengan sekali ngap. Besarnya mulut dia.

Malangnya mulut aku tidak boleh nak membuka sebesar itu. Aku hanya memulakan dengan gigitan yang kecil. Aku pada mulanya hanya dapat menggigit keraknya sahaja.

Kemudian,

Stevan : "Sedikitnya gigit.... Abang tak perlulah nak cover sopan dekat sini."

Catz : "Tch. Mulut aku tak besar macam mulut kaulah."

Stevan : "Ahahahah...."

Aku hanya menjeling ke arah Stevan dan kemudian menggigit corndog aku.

Kali ini aku menggigit corndog, kejunya mulai tertarik keluar. Aku pun menjauhkan corndog tersebut daripada muka aku tanpa melepaskan gigitan aku untuk memutuskan keju tersebut. 

Dalam masa yang sama,

'Kchik!'

Itu flash ke? Aku memandang ke hadapan dan ternampak seseorang sedang mengambil gambar aku. Aku tengah makan ini woi....

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now