²³ 「8 Mei : Sasaran Black Blood」

78 27 0
                                    

8 Mei

Aku tengah melatih Ginger di dalam rumah. Latih apa? Kau orang kena tahu yang anjing ini banyak benda yang kena di ajar. Macam-macamlah kena di ajar dia ini. 

Sedang-sedang aku melatihnya, tiba-tiba loceng rumah aku berbunyi.

Catz : "Siapa pula yang datang ini?"

Aku pun bingkas membuka pintu. Ianya....

Vector : "Good morning!"

Dia nampak sangat ceria. Dengan hoodie yang menutup kepalanya tengah-tengah cuaca panas ini. Gila ke atau deria rasa dia yang rosak?

Dia membawa beg pakaian yang sangat banyak. Jangan cakap...?

Catz : "Kau lari dari rumah lagi ke?"

Vector : "T... tak. Aku dah cakap dengan mak aku yang aku akan tumpang rumah kau."

Mata aku yang silap ataupun memang muka dia nampak gelap sedikit? Maybe sebab dia memakai hud?

Tidak mungkin. Ini mesti ada benda buruk yang telah berlaku ini. Hidung aku dapat membau masalah. Masalah besar....

Catz : "Betul ini?"

Vector : "Betul. Aku sumpah yang aku tak lari dari rumah."

Sampai menyumpah dia ini.... Aku tidak percaya.

Lantas aku membuka hudnya dan mata aku memang tidak salah. Memang muka dia lebam.

Vector terus terkaku sebaik sahaja aku membuka hudnya. Kau nak menipu salah oranglah, Vector.

Catz : "Apa yang sudah terjadi?"

Vector : "A... aku boleh jelaskan. Tapi yang pasti aku memang tak lari dari rumah. Mak aku tahu yang aku ke sini."

Aku pun memberinya masuk dan mendengar segala penjelasannya.

Vector : "Aku tengah lari dari kumpulan... Black Blood."

What? Apa yang dia sudah buat?

Catz : "Apa dia? Apa yang kau sudah buat sampai dia orang mengejar kau?"

Vector : "Aku... aku... masuk kawasan perumahan dia orang."

Dia ini... memang mengundang kemarahan aku betullah. Aku sudah warning dia awal-awal fasal benda itu. Kenapa dia ini degil sangat?

Catz : "Kau... kalau aku tumbuk muka kau, memang tak nampak dah masa depan lepas ini."

Aku serious marah dekat dia. Apa masalah dia nak masuk ke dalam kawasan itu? Memang menempah bala' betullah!

Vector : "T... tak. Janganlah tumbuk.... Sakit nanti. Aku masuk situ sebab family Lola tak sukakan aku."

Catz : "Itu sebab kau masuk dalam kawasan dia orang!"

Vector : "Tak. Aku... di aniaya."

Aku terus membisu. Dia kena aniaya dengan Lola ke? Tak akanlah....

Catz : "Kau di aniaya? Siapa yang buat kau?"

Vector : "Aku tak pasti tapi dia salah seorang daripada Black Blood. Dia suruh aku jauhi Lola."

Hmm... Sama seperti drama sahaja? Mendapat surat ugutan dan kena fitnah. Lepas itu, bergaduh kedua-dua pihak.

Pleaselah, jalan cerita ini cliche'. Aku yang memang layan drama pun boleh tertidur kalau tengok ini.

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now