³⁵ 「13 Mei : Aku Yang Dikhianati」

67 23 1
                                    

Catz : "Urgh.... Sejuknya."

Aku bangun dari tidur dan....

Catz : "Kenapa?"

Aku berada di dalam bilik hotel. Kemudian aku melihat diri aku... aku cuma memakai seluar dalam? Eh! What's happening here?

13 Mei

Okey, Catz. Bertenang.... Tak ada benda yang pelik berlaku. Aku langsung tidak ingat apa yang berlaku semalam. Kepala aku sakit.... Ingat balik.... Apa yang sudah terjadi malam tadi?

Aku pun cuba mengingat kembali apa yang telah berlaku semalam.

12 Mei, (Jam 11.45 malam).

Doi terus memapah aku ke bilik hotel aku. Aku sudah mulai mengantuk pada masa ini. Namun aku tak nak tertidur selagi si Doi ini berada di sebelah aku. 

Sampai sahaja di bilik hotel, Doi terus meniarapkan aku di atas katil. Aku sudah tidak boleh nak mengawal diri aku. Aku tersangat mengantuk dan penat.

Kemudian aku terdengar suara Doi bercakap. Bunyinya lebih kurang macam ini....

Doi : "Heh, seumur hidup aku. Aku tak pernah sukakan artist. Kenapalah kau ini terlalu mudah percayakan orang? Aku pernah cakap dengan kau kan yang aku boleh rosakkan imej kau sekelip mata sahaja? Huh...."

Puff! Lembapnya aku ini.... Aaa.... T... tapi... dia ada apa-apakan aku ke?

Aku terus termenung di atas katil. Badan aku tak ada rasa sakit-sakit. Tiada apa-apa yang menjengkelkan pada badan aku dan badan aku masih terasa bersih walaupun tidak mandi dari malam semalam. 

Aku menjadi mati kutu apabila berlaku macam ini. Dia buat apa dekat aku? Kenapa aku berakhir dengan tidur berseluar dalam sahaja? Dia menjual aku ke? Ehh?

Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Aku sangat panik.

Tidak sempat melihat pun siapa yang menghubungi aku dan terus menjawabnya.

Catz : "Hello?"

Ianya....

Cackle : "Catz? Kau dekat mana ini?"

Kenapa mesti kau?

Catz : "A... aku dekat rumahlah."

Cackle : "Kalau macam itu, buka pintu inilah. Aku ada di depan rumah kau ini. Tidur mati apa?"

Aku terus berkerut dahi. Membisu tidak terkata apa-apa. Tak akan aku nak bagitahu dia fasal masalah aku ini? Mesti dia semakin risaukan aku lagi.

Apa yang aku patut cakap kepada dia ini?

Cackle : "Catz? Kau dengar tak? Aku tak boleh nak masuk sebab kau mangga pintu kau ini. Dekat pasu kau cuma ada kunci pintu sahaja. Tiada kunci magga."

Aku langsung tidak berkata apa-apa.

Cackle : "Catz?"

Catz : "Tolong pergi."

Cackle : "Eh? Apa yang kau cakapkan ini, Catz?"

Catz : "Pergi. Aku ada sesuatu yang perlu diselesaikan sekarang. Bagi aku masa untuk bersendirian boleh tak?"

Cackle : "T... tapi...."

Aku terus memutuskan panggilan.

Apa yang aku buat ini? Mestilah dia semakin risaukan aku. Sorry, Cackle. Aku tak nak membuatkan kau risau lagi. Aku kena selesaikan benda ini. 

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now