2 Ogos
Keesokan harinya, aku langsung tidak dapat tidur malam tadi. Ada bunyi yang sangat menggangu tetapi aku tidak tahu bunyi apakah itu.
Aku hadir ke sekolah dengan eye bag sebesar guni. Mata Panda pun tidak seteruk mata aku. Cackle dan Vector sangat risau dengan keadaan aku sekarang.
Aku mengantuk dan banyak kali kena marah dengan cikgu pada hari ini. Boleh bayang tak? Aku tidak pernah kena marah dengan cikgu. Tiba-tiba hari ini aku kena marah kaw-kaw. Tidak rasa yang ianya sabotaj ke?
🌸🌸🌸
Masa balik pula, Cackle dan Vector offer untuk menghantar aku pulang. Aku hanya membiarkan mereka mengikuti aku. Satu, sebab penat. Kedua, sebab aku pun risau apa-apa yang buruk berlaku seperti sebelum ini.
Cackle : "Aku rasa, kita kena membawa kau berjumpa dengan bomohlah."
Aah.... Pleaselah, Cackle. Not again!
Catz : "Sudahlah itu, Cackle. Aku penatlah mendengar kau membebel benda yang entah apa-apa. Aku tetap cakap yang sumpahan tidak wujud."
Vector : "Tapi nasib kau memang malang sangatlah hari ini. Mungkin benda sumpahan itu memang betul-betul wujud?"
Catz : "Dia sengaja nak mempengaruhi fikiran kau orang sahaja. Kalau kau orang terpengaruh dengan permainan karut-marut dia ini, sememangnya dia sudah menanglah kalau macam itu."
Tiba-tiba batu penutup longkang yang aku sedang berpijak terus pecah. Aku terjatuh terus ke dalam longkang.
Here comes the chaos. Semalam aku mandi mi segera. Hari ini mandi air longkang pula?
Aaa.... Malunya. Sudahlah masa ini ramai orang tau? Aku nak sorokkan muka dekat mana ini?
Cackle/Vector : "Catz!"
Cackle dan Vector terus menarik aku keluar. Baju aku memang kotor habislah masa ini.
Longkangnya pula memang agak dalam. Meriah pula itu. Bertakung segala air-air lumpur dekat dalam situ.
Hampir keseluruhan badan aku termasuk ke dalamnya. Aku memandang ke arah orang keliling aku, ada yang tengah menahan gelak.... Ada yang memang melepas gelak. Memang virallah kes ini.
Tiba-tiba,
"Eh? Kau ada terbau sesuatu tak?"
"Ada. Bau budak hot jatuh longkang~ Ahahahah...!"
Ianya geng pembuli itu.
Kenapa dia orang pun mesti ada sekali? Aku memang tengah tak ada mood. Terasa ringan sahaja badan aku ini nak membelasah dia sekarang. Akan tetapi Cackle dan Vector menghalang aku dengan kuat.
Catz : "Lepaskan aku!"
Cackle : "Bertenanglah, Catz...."
Vector : "Fikir masa depan kau, Catz."
Aaa? Fikir masa depan? Apa kaitannya ini, Vector?
Catz : "Okey, okey.... Aku bertenang."
Cackle dan Vector terus melepaskan aku setelah melihat aku yang kembali bertenang. Akan tetapi, haa! Inilah peluang!
Aku membaling kasut aku yang memang dipenuhi air longkang ke arah pembuli itu. Berdesir kau, bau air longkang.
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Dla nastolatkówGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...