⁴ 「17 Mac : Aku Ditikam Belakang」

150 40 144
                                    

17 Mac

Sudah tibanya tarikh keramat. Karnival musical sekolah dirasmikan dengan penuh meriah. Macam nak membuka konsert international. Semua memberikan sokongan padu.

Aku, Cackle dan Vector sudah stand by untuk pertandingan vocal kita orang. Kita orang mendapat undian yang terakhir. Cabaran betullah. Risau penonton semua sudah lemau sahajalah.

Semua persembahan peserta biasa-biasa sahaja sambutannya. Akan tetapi sampai Team Eric, macam artist k-pop yang datang membuat persembahan. Semua penyokong bersorak bagai nak roboh sekolah.

Mereka pun membuat persembahan setelah segala perkakas dan alatan mereka sudah bersedia

Aku tidak faham betullah celah mana yang sedapnya suara dia orang ini? Biasa sahaja? Aku rasa suara katak memanggil hujan lagi sedap?

Heh, cakap besar betul si Eric ini! Aku rasa dia bagi rasuah dekat fans dia ini....

Kebetulan pula selepas team dia, team kita orang punya giliran. Well, kita tengok sahaja nanti.

🌸🌸🌸

Setelah selesai Team Eric membuat persembahan, Eric datang dan menepuk bahu aku.

Eric : "Semoga berjaya ye?"

Aku hanya menjeling kearahnya.

Wah, berlagak sungguh kamu ini! Kau tunggulah. Sudah terkena nanti, baru kau tahu.

Untuk pengetahuan, kita orang terpaksa menukar lagu. Sebab Cackle membuat hal. Tidak guna punya mangkuk seekor ini. Sudah hujung-hujung ini baru dia ubah fikiran. Bengkak sahaja aku dengan dia ini.

Kita orang membawa lagu 'DJ got us falling in love again'. Baru mencabar kan? Bukan mudah nak membawa lagu ini. High note memang kena tip toplah.

Terima kasih kepada Encik Mark yang sama-sama turun padang menolong kita orang. Ini di panggil main ngelat ke? Tidak kan?

Antara aku dan Vector, Vector punya high note lagi powerlah berbanding aku. Aku sudah pernah bagitahu kan, sebelum ini?

Suara dia memang buat pecah panggung. Serious ini.... Aku tidak tipu. Sebab itu aku syak yang dia ini artist juga. Kaitan kan?

Sebelum membuat persembahan, aku mendapat kata-kata semangat daripada my bae~ Geli pula aku nak menyebutnya. Cukuplah aku menggelarkan dia sebagai Shana sahaja.

Langkah kita orang kini di atur naik ke atas pentas. Persembahan yang sangat bertenaga daripada kita orang pun dimulakan.

Tidak expect pula yang kita orang punya sambutan lagi kuat berbanding team sebelum ini. Kalah suara kita orang yang pakai mic ini. Punyalah kuat sorakannya.

Terima kasih kepada semua ahli kumpulan kerana memberi kerjasama yang sangat padu.

Maka disinilah bermulanya legasi 'Thirds' Brother'. 

Thirds' Brother, ini nama team kita orang. 'So dance, dance like it, your last, last night off, your life, life gonna get you right~'. Maaf, aku masih terbawa-bawa lagunya dalam kepala.

Turun sahaja daripada stage, Shana terus memeluk aku.

Shana : "Awak buat dengan baik hari ini."

Cackle : "Dia sahaja ke? Kita orang?"

Hello? Aku sahajalah. Nak suruh awek aku puji dia orang pula. Nanti aku cemburu. Ahahah.... Gurau sahaja.

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now