³ 「26 Februari : Confess Pertama Aku」

166 41 80
                                    

26 February

Sudah lebih sebulan aku bersekolah dan bekerja sebagai dj radio bebas.

Baru-baru ini, sekolah baru selesai exam awal tahun. Aku mendapat tempat pertama dalam kalangan semua pelajar yang ada. Mission two, settle.

Akan tetapi pasti adanya pelajar yang tidak berpuas hati. Ianya ketua pelajar Seigo. Dia pelajar genius di sekolah tetapi tidak segenius aku~

Seigo nampak agak marah apabila aku merampas takhta best student daripadanya. Apa pun yang dia buat, aku sudah prepare dah.

🌸🌸🌸

Masa rehat, aku pun berehat dengan Cackle di kantin.

Cackle : "Kau ini memang awesome gila. Kau nampak tak betapa bengangnya Seigo tadi?"

Catz : "Ahah.... Aku tak ada niat pun nak buat dia marah."

Cackle : "Ahahahahah, tapi kau memang awesomelah. Balik ini nak karaoke tak?"

Aku terus membuat muka tidak ikhlas. Lagi? Dia akhir-akhir ini suka sangat mengajak aku pergi karaoke.

Pleaselah.... Telinga aku sudah tidak dapat menahannya lagi.

Catz : "Lagi? Semalam kan dah?"

Cackle : "Alaa, kau free kan minggu ini? Bukan senang nak lepak dengan idola."

Aku terus menutup mulut Cackle yang lantang berbicara. Hampir semua orang memandang ke arah kita orang.

Tiba-tiba ada seseorang ketawakan aku. Who dare to laugh at me? Ianya Eric dan kumpulan idolanya.

Mereka memang budak hot di sekolah. Semua gadis menggilai mereka. Acah! Nak muntah pelangilah aku mendengarnya.

Eric : "Awak cakap awak idola? Celah mana idolanya?"

Celah hati awak~ Blek.... Berlagaknya. Macam dia hebat sangat. Kalau berani sinilah! Mana kau sekarang? Berlagak sangat.

Aku malas betul nak melayankan perangai manusia yang macam ini.

Eric : "Kamu semua yakin ke budak poyo ini idola? Idola untuk makcik-makcik cleaner bolehlah."

Yang itu, biadap. Aku ramai fans ya sekarang? Aku ini Shiro-wa. Nak bet ke?

Malangnya kata-kata itu hanya boleh dilafazkan di dalam hati sahaja. Kalau rahsia aku pecah lagi huru-hara dunia aku nanti.

Tiba-tiba Cackle menyanyi lagu tema cerita 'Love Like Sakura'. Semua terdiam. Cackle...!

Cackle : "Dia boleh nyanyi lagu itu tau."

Cackle! Apa yang kau cuba buat ini?

Eric : "Oh, cerita drama yang tengah hits sekarang eh? Hah, buktikannya."

Eric mencabar aku dengan penuh berlagaknya. Aku... aku tidak boleh. Apa yang kau sudah buat ini, Cackle?

Cackle : "Menyanyilah, Catz."

Aku terus menarik Cackle dan berbisik pada telinganya.

Catz : "Tak. Kita dah janji fasal ini kan? Apa yang kau tengah buat ini?"

Cackle : "Dia orang tak akan perasan."

Catz : "Banyaklah kau tak perasan! Lagu itu baru keluar. Tak mungkin ada orang boleh bawa lagu itu dalam masa yang singkat."

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now