⁶⁰ 「29 Ogos : Penamat, Selamat Tinggal Dunia Lamaku!」

106 27 3
                                    

Aku dan Carl di bawa ke balai polis. Surat saman mula dikeluarkan.

Nasib baik aku kena saman sahaja. Kalau kena penjara, mati aku macam ini. Pihak polis mula menyoal siasat Carl.

Tiba-tiba,

Chen : "Catz."

Eh? Doktor Chen datang? Bukan dia kerja ke?

Doktor Chen berjalan menghampiri aku. Lantas dia memulas telinga aku dengan sangat kuat. Gak! Apa salah aku?

Chen : "Kenapa kamu buat macam ini?"

Catz : "Aduh, aduh.... Ayah. Apa ini?"

Chen : "Memandu secara berbahaya. Kalau nyawa kamu melayang macam mana?"

Oh. Aku faham. Mestilah dia risau.... Aku drive sangat laju tadi. Tetapi... aku buat ini untuk kebaikan.

Doktor Chen terus memeluk aku.

Chen : "Haish.... Kamu ini kan. Apa yang kamu sedang fikirkan?"

Catz : "Saya tahu siapa yang buat semua ini dekat saya."

Chen : "Siapa?"

Doktor Chen kemudian melihat ke arah bilik kalis bunyi di mana Carl berada.

Chen : "Dia ke?"

Catz : "Bukan. Tapi nenek dia. Dalam kata lain, mak Encik Nash."

Doktor Chen terus memandang aku terkejut.

Chen : "Ayah kamu?"

Catz : "Bukan ayah saya tapi nenek saya."

Chen : "Eugene tahu tak fasal ini?"

Catz : "Saya tak pasti. Cuma saya boleh cakap yang Encik Nash tahu nenek memang tak suka saya. Itu sahaja."

Chen : "Biar saya hubungi dia."

Catz : "Eh? Tak payah."

Chen : "Dia kena tahu benda ini, Catz. Walaupun ianya mak dia sendiri tapi benda yang salah tetap salah."

Aku terus terdiam. Ada betulnya juga apa yang Doktor Chen telah katakan. Kalau sudah sah benda itu salah, buat apa nak ditegakkan lagi kan?

Doktor Chen pun menghubungi Encik Nash.

🌸🌸🌸

Lebih kurang 15 minit kemudian, Encik Nash pun tiba di balai polis tempat aku berada sekarang. Encik Nash berjalan ke arah aku dan terus memeluk aku.

En. Nash : "Kamu tak apa-apa ke, Catz?"

Catz : "T... tak. Saya okey."

Chen : "Hampir sahaja kepada tidak okey."

Doktor Chen terus memandang aku dengan pandangan yang tegas. Dia masih marahkan aku yang memandu secara bahaya tadi.

Hidup ada dua ayah ini biasalah. Kalau orang yang tidak kenal itu, memang sudah memandang kita orang pelik.

Mahu tidak peliknya? Orang semua ada mak dan ayah. Tetapi aku? Ada ayah dan ayah.... Garu kepalalah macam ini.

Tidak lama kemudian, Carl baru keluar daripada bilik kebal. Sesi soal siasat telah pun selesai.

Encik Nash kemudian memandang ke arah Carl pelik.

En. Nash : "Apa yang kamu buat dekat sini, Carl?"

Carl : "Ayah tanyalah dengan dia ini."

Carl menunding jari ke arah aku. Apahal aku? Kau yang tahu cerita sekarang ini. Bukannya aku. Aku dapat lepuk kepala dia, sia-sia sahaja hidup kau.

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now