Cackle : "C... Catz...."
Cackle masuk ke dalam rumah aku yang sangat dahsyat pada ketika itu. Dia ternampak aku di penjuru dapur sedang mencangkung membelakanginya.
Catz : "Satu jari.... Dua jari.... Tiga jari...."
Cackle mulai hairan mendengar aku yang mengira bilangan jari aku. Dalam banyak-banyak benda, kenapa jari yang aku kiranya?
Tiba-tiba kedengaran bunyi titisan air. Bertambah hairan Cackle.
Cackle : "Catz?"
Aku perlahan-lahan menoleh ke arah Cackle yang berada di belakang aku. Mata aku merah dan aku sedang menghiris jari jemari aku seperti mengupas kulit epal.
Cackle sangat terkejut melihatkan keadaan aku yang sedemikian. Sudah seperti psychopath sahaja.
Cackle : "Catz!"
Cackle hendak berlari ke arah aku yang sudah tidak terkawal ini. Namun aku terus meletakkan bilah pisau tersebut pada nadi kiri aku.
Catz : "Jangan dekat! Kalau tak, aku putuskan nadi aku."
Tangan dan baju aku sudah dipenuhi dengan darah. Cackle sangat terkejut dengan keadaan aku yang sekarang. Begitu teruknya keadaan aku yang sekarang ini.
Cackle : "C... Catz.... Apa yang dah terjadi dekat kau?"
Cackle menggerakkan kakinya setapak ke hadapan.
Catz : "Aku cakap jangan dekat!"
Cackle : "Catz. Aku tak pernah nak percaya benda viral fasal kau itu! Berhenti buat semua benda gila ini. Kau pelakon drama. Bukannya pelakon cerita seram."
Catz : "Ahah.... Ahah.... Tak payah nak bodek aku. Aku pun memang lagi suka mati daripada terus hidup begini."
Cackle : "Catz.... Tangan kau sendiri menggigil, Catz. Kau kena fikirkan masa depan kau nanti."
Catz : "Masa depan aku dah tiada. Buat apa aku nak memikirkan benda yang tidak wujud."
Cackle : "Catz! Kau lupa ke?"
Cackle tiba-tiba meninggikan suaranya kepada aku. Marah betul dia ini.
Cackle : "Kau lupa apa yang aku pernah cakap? Aku tak akan berhenti support kau walaupun netizen kecam kau teruk macam mana sekali pun. Even kalau langit dan bumi bencikan kau sekali pun, aku akan tetap support kau dan tolong kau untuk jadi yang terbaik."
Aku terus membisu mendengarkan kata-kata Cackle. Sampai langit dan bumi membencikan aku kau.... Anyway, langit dan bumi ini tengah bencikan aku ke sekarang? Disebabkan itu ke aku hilang kawalan?
Cackle : "Tolong, Catz.... Mungkin kau fikir semua orang dah tak sayangkan kau. Tapi... *sob...."
Air mata mula mengalir daripada mata Cackle. Apa? Kenapa? Kenapa dia menangis pula? Aku ini bukannya keluarga dia pun.
Cackle : "Tapi... kau kawan baik aku, Catz. Aku masih sayangkan kau! Aku tak nak kehilangan satu-satunya kawan terbaik aku...."
Cackle terus menangis dihadapan aku. Aku pula memandangnya seperti tiada apa-apa perasaan. Malahan aku sangat tertanya, kenapa dia sanggup buat sampai sejauh ini? Kenapa? Apa istimewanya aku kepada dia?
Hati aku rasa terusik.... Cackle mengelap air matanya dengan telapak tangan.
Cackle : "Sekarang ini, tolong.... *sob.... Letakkan pisau itu."
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Teen FictionGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...