¹⁰ 「9 Oktober : Terbongkar Sudah!」

123 36 76
                                    

Bersambung semula cerita yang terbengkalai sebelum ini.

Janganlah marah.... Sengaja nak membuat suspen. Kita bersambung semula ye?

Tiba-tiba terdapat seseorang memasuki bilik tersebut. Ianya seorang lelaki berbaju jaket labuh putih. Nampak sangat yang dia merupakan seorang doktor.

Dia berjalan ke arah aku. Aku dapat merasakan kehangatan jiwanya pada masa itu. Eceh.... Macam nak confess pula. Yulk!

Benda ini sebab budak-budak~ Budak-budak nakkan perhatian dan belaian. Sesiapa? Tolong buatkan rancangan jejak kasih untuk aku. Aku kurang kasih sayang.

Doktor itu mengusap kepala aku. Pada ketika itu, aku baru perasan. Lengan aku berbalut dengan kain bandage. Aku telah di rawat dengan rapi.

"Siapa nama kamu?"

Aku memandang ke arah doktor itu.

Catz : "C... Catz. Nama saya Catz."

"Oh.... Kamu tinggal seorang-seorang ke?"

Aku hanya membisu. Tidak mampu nak menjawab persoalan semudah ABC itu.

Tiba-tiba,

"Lepas ini, kamu tinggal dengan saya ye?"

Aku sangat terkejut mendengar kata-kata doktor itu.

Aku tiada mak angkat tetapi aku ada ayah angkat. At least ada juga orang untuk aku berdampingan.

Sebelum aku terlupa, nama doktor ini ialah Doktor Chen. Dia seorang anak kelahiran China dan merupakan doktor pakar psychology kanak-kanak. Tidak peliklah kenapa dia boleh sayang aku macam anak sendiri.

Aku kemudian membesar di samping Doktor Chen. Dia menyekolahkan aku, dia bagi aku makan dan dia bagi aku kasih sayang.

Yang aku tidak tahu, dia juga ada penderitaan dia sendiri. Dia baru sahaja bercerai dengan isteri dia. Aku pun tidak tahu apa sebabnya.

Dia nampak sangat murung. Aku menjadi serba salah sangat. Kenapa tiba-tiba sahaja? Adakah ianya disebabkan aku?

Melihatkan keadaan Doktor Chen yang sangat merana, aku membuat keputusan untuk lari dari rumah. Disebabkan itulah, aku berpindah ke sini.

Benda yang lebih merisaukan aku.... Aku lagi teruk daripada ketua Black Blood sebenarnya. Doktor Chen menjaga aku seperti anak sendiri tetapi apa yang aku balas? Dengan lari dari rumah?

Disebabkan tindakan aku itu, aku sudah tiada keberanian untuk berjumpa dengan dia lagi. Teruknya aku ini....

Tiba-tiba,

Cackle : "Catz?"

'Snap!' Aku terus back to realiti.

9 Oktober

Tinggal lagi dua minggu sebelum exam akhir tahun dua.

Aku dan Vector berada di rumah Cackle untuk mengulangkaji. Ulangkajilah sangat. Baru membuka buku 20 minit,

Cackle : "Catz.... Aku sudah barai.... Tutuplah buku itu. Cukup-cukuplah belajarnya itu...."

Aku terus berkerut dahi. Ceritanya sekarang, kau yang barai. Bukannya aku. Dengki sangat tengok aku study. Minta penumbuk free betullah.

Aku hanya membuat muka selamba dan meneruskan belajar.

Tiba-tiba Cackle merampas buku aku dan di campak ke luar bilik. Gargh? Apa kebendanya ini? Cackle!

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now