27 November
Aku sedang duduk menunggu Vector di rumah aku. Faktor aku menunggu Vector ya?
Semalam... Vector menghubungi aku.
🏃♂️🏃♂️🏃♂️
Catz : "Hello?"
Vector : "Catz! Esok kau free tak? Aku kena berjumpa dengan kau secepat mungkin!"
Catz : "Kenapa ini? Ada apa-apa emergency ke?"
Vector : "Ianya sangat emergency dan kau sahaja yang boleh menolong aku."
Catz : "Okey? Kau nak datang pukul berapa?"
Vector : "Awal pagi! Pukul 7!"
Catz : "What? Kau ini biar betul? Lagi satu, tak payahlah jerit-jerit. Sakit telingalah."
Vector : "Sorry. Aku dah tak keruan sekarang. Esok tau? Okey, bye."
Panggilan pun tamat.
🏃♂️🏃♂️🏃♂️
Begitulah ceritanya.
Cerita hari ini pula, sekarang sudah pukul 10 pagi. Mana orang yang gelabah kata nak datang awal-awal pagi itu? Tidak sampai-sampai pun? Buat aku naik angin betul!
Tidak lama kemudian, ada seseorang mengetuk pintu rumah aku.
Buka sahaja pintu,
Vector : "Catz! Tolong aku...."
Vector memeluk aku erat dan melaga-lagakan pipinya dengan pipi aku. Kenapa dengan kau, makhluk?
Nasib baik dia comel. So aku tak hairan kalau dia berperangai macam ini. Kalau Cackle...? Elak aku bagi kaki free sahaja.
Aku pun dengan muka annoyingnya memandang ke arah Vector.
Catz : "Masuklah."
Kita orang pun duduk di ruang tamu rumah aku.
Catz : "Jadi apa yang kau nak bagitahu aku?"
Vector : "Urgh.... A... aku...."
Dia terus menampar pipinya sendiri. Hei? Janganlah serious sangat. Seram aku....
Vector : "Aku Little Samoyed!"
Apa? Little Samoyed itu apa benda? Game ke?
Vector : "Kau dengar tak ini?"
Catz : "Aku dengar. Tapi... Little Samoyed itu apa?"
Vector terus berkerut dahi. Sorry sebab aku ini terlalu ketinggalan zaman.
Vector : "Kau ini biar betul?"
Catz : "Sorry.... Aku sibuk sangat sampai tak terikut trend sekarang ini."
Vector : "Masalahnya sekarang ini, nama aku ini akan ada urusan dengan kau sebagai Shiro-wa!"
Catz : "Eh?"
Little Samoyed itu nama dia ke? Nama apa itu? Kenapa aku tak tahu apa-apa ini?
Vector : "Kau ini dahsyatlah...."
Aku terus menggosok kepala. Ada apa dia nak berurusan dengan Shiro-wa?
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Teen FictionGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...