28 Ogos
Ianya hari cuti aku. Baru sahaja lepas debut album aku dan aku memang sangat-sangat memerlukan rehat. Dengan hati yang tidak sabar nak pulang ke rumah, aku pun terus memandu kereta aku pulang. Home, here I come!
🌸🌸🌸
Aku baru ingat nak tenang-tenang di rumah.
Tiba-tiba pintu rumah aku bercalar-balar. Seperti ada orang yang sengaja mengambil pisau dan menorehnya.
Apa benda pulanya ini? Aku nak tidurlah. Kenapa setiap kali aku nak tidur, mesti benda macam ini akan terjadi? Tensionlah macam ini.
Disebabkan aku memang terlalu malas nak membuat apa-apa, aku pun membiarkan sahaja pintu aku itu dan terus masuk ke dalam rumah. Aku sudah siap berbaring di atas sofa untuk tidur.
Tiba-tiba,
'Ding-dong~'
Kenapa ada sahaja yang nak mengganggu ketenteraman aku nak tidur?
Aku pun bangun dan berjalan ke arah pintu rumah aku. Ianya posmen dengan sebuah bungkusan dalam tangannya. Peliknya. Aku tak ada order apa-apa barang pun?
"Cik Catz ke?"
Lelaki posmen itu memakai topi yang menutup mukanya. So aku tidak nampak wajahnya. Aku tak adalah tertanya sangat siapa lelaki posmen ini. Aku lagi tertanya apa yang ada dalam bungkusan ini?
Catz : "Ye?"
"Minta sign dekat sini ye?"
Catz : "O... okey. Tapi apa bendanya ini? Saya tak ada order apa-apa barang pun."
"Saya pun tak tahu. Saya hanya menjalankan tugas."
Kalau sudah lelaki posmen ini cakap macam itu, aku pun just tandatangan sahajalah pada contract itu.
Sudah selesai tandatangan, lelaki posmen itu pun menyerahkan bungkusan tersebut kepada aku dan berlalu pergi. Seriously.... Apa benda yang ada di dalam ini?
Di depan rumah itu juga aku membuka bungkusan itu. Buka-buka sahaja, aku sangat terkejut melihat kandungan di dalam kotak itu sampai kotak itu terlepas daripada pegangan tangan aku.
Kau orang nak tahu apa bendanya di dalam kotak ini? Ianya sebotol air... berwarna putih. Ianya air koktail seperti masa karnival muzikal sebelum ini.
Terus memucat muka aku melihat air itu. Tiba-tiba aku teringatkan lelaki posmen tadi. Mestilah lelaki tadi ada kaitan dengan bungkusan ini. Sebab itulah dia menutup muka.
Aku pun terus bergegas mencari lelaki yang menghantar bungkusan ini sebentar tadi. Namun jejaknya telah pun hilang. Lajunya dia pergi.
Si... siapa yang membuat semua ini kepada aku? Apa pun, orang itu memang nak kenakan aku dengan teruk.
Aku pun terus masuk ke dalam rumah semula dan membawa masuk bungkusan bahaya tadi. Hilang mood aku nak tidur tadi tau? Kepala aku sudah mula serabut memikirkan siapa punya angkara yang buat ini.
Kemudian,
'Ding-dong~'
Muka aku terus berkerut dahi mendengar bunyi loceng rumah aku sekali lagi dibunyikan. Apa pula kali ini?
Catz : "S... sekali lagi ke?"
Pada awalnya, aku hanya membiarkan sahaja kerana terlalu takut hendak membukanya. Namun, loceng rumah aku dibunyikan berkali-kali. Aku pun cuba memberanikan diri dan berjalan ke arah pintu rumah aku.
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Ficção AdolescenteGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...