Hanya kerana semangkuk mi kari, hidup Nur Rania Aqilah berubah 360 darjah! Zariel Firdaus, pelajar lelaki yang Aqilah 'mandi'kan dengan mi kari meluahkan rasa sukanya walaupun itu merupakan perjumpaan kali pertama mereka. "Saya suka awak." - Zariel "Aku takkan suka kau! Aku benci kau! Semua lelaki sama je!" - Aqilah Sejak kejadian yang tidak diingini itu, Zariel tidak henti-henti mengganggu Aqilah. Dia rela melakukan apa sahaja untuk mendapatkan gadis itu. Disebabkan oleh masalah yang dialami Aqilah, dia terus menghilangkan diri tetapi takdir berkata lain apabila Zariel dipertemukan kembali dengan Aqilah. "Aku kahwin dengan kau bukan sebab aku suka kau pun tapi kau yang nak kat aku." - Zariel "Kalau aku ada pilihan lain, aku taknaklah kahwin dengan kau!" - Aqilah "Kau bukan isteri aku tapi kau orang suruhan aku mulai saat ni!" - Zariel Apa dah jadi ni? Bukan Zariel cintakan Aqilah ke? Kenapa lepas mereka bertemu kembali, Zariel seolah-olah jadi insan lain? Betul ke perasaan cinta Zariel terhadap Aqilah sudah terpadam? Nak tahu? Jom baca cerita ini! | Best Teen Fiction of Emirates Award 2018 | | 1st in Teen Fiction by Metacool Award 2018 | | Best Teen Fiction of Escritor Award 2018 | | The King of Teen Fiction by Probook Award 2020 |