Pernah dengar Mafia yang tak pernah membunuh, tak pernah buat kerja haram dan selalu ngam saja dengan polis?
Err... Mafia ke tu?
Sebut sahaja nama, ISMA DAFFA, terus si ketua ketua gangster, abang abang long kawasan dan mafia mafia terdiam. Dia bukanlah sesiapa, terkenal di kalangan penjenayah saja! Nama pun pelik! Tapi... siapa dia sebenarnya?
" Wa Lu Wa Lu, kau Melayu lah gila! Panggil Aku Kau tak boleh ke?" - Daffa.
Lain pula dengan cerita Ain Ufairah, seorang gadis biasa yang hidup dengan paksaan. Dia fikir hidupnya bersambung dengan derita selepas berkahwin. Tapi dia silap,
" Aku cakap sekali je Irah, kau tu ISTERI aku, bukan HAMBA aku. Selesakan diri kau dengan aku. Sebab engkau tu, kena hidup dengan aku sampai ke tua tau."
Kasar, memang sedikit kasar, tapi Ufairah sedar, dalam kasarnya terselit kemanisan di mata Ufairah.
TETAPI! JIKA ANDA FIKIR INI KISAH CINTA SI MAFIA YANG BAD JADI GOOD SELEPAS BERKAHWIN, ANDA SILAP!
Ini bukan kisah cinta seperti di drama. Jauh sekali.
Ini adalah kisah dimana KEKEJAMAN, TANGISAN, PENDERITAAN dan PENGADILAN bersuara. Bukan sekadar cerita mafia biasa. Bukan!
Killer si pembunuh misteri, tidak sangka Daffa akan berjumpa Hazril dalam keadaan yang begini. Menghuru harakan hidupnya, melibatkan SPY dan menjatuhkannya dalam deraan perasaan.
"Aku tak kira, Hazril tetap perlu ke tali gantung!" -Isma Daffa
"Hapuskan diorang satu per satu, SPY... Daffa... Angel... " - Hazril.
Manusia, adakala nya mampu menjadi lebih licik, lalang dan jahat daripada syaitan, lebih sombong daripada iblis,
Tapi di antara kelompok manusia ini, pasti ada yang menjadi bintang di langit gelap.
Ini adalah kisah, mereka yang berjuang untuk hidup di dalam dunia gelap, dan kisah mereka yang berjuang bermati matian demi nyawa orang ramai. Keadilan perlu bersuara, Angel Mafia atau syarikat perisikan, SPY, dua duanya saling bersuara.
"Aku... gagal... "
Enjoy😊All Rights Reserved