Prinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesiapa, menunggu mesej daripada seseorang, bahkan menunggu jodoh yang tak kunjung tiba. Itulah kata-kata yang dipegang oleh Falia Inara, wanita yang sudah tidak percaya bahawa lelaki baik itu masih wujud. Namun, siapalah manusia untuk melawan takdir Tuhan? Tuhan itu sebaik-baik perancang. Dalam dia menolak perkenalan dengan semua lelaki, Tuhan pertemukan dia dengan seorang lelaki atau secara spesifiknya, tunangan orang. "Kau biar betul, Falia? Kau dah gila ke?" Bukan niatnya mahu menjadi perampas, hanya mahu mengusik sedikit sahaja hubungan lelaki itu. Lebih-lebih lagi setelah mendapat tahu satu kebenaran. "I tak suka bila you cuba nak buruk-burukkan tunang I!" Lelaki itu tidak tahu apa motif Falia merapati dirinya. Apa yang dia tahu, semakin dia menolak semakin berani wanita itu mengganggu dirinya sehingga hubungannya bersama si tunang mula terjejas. "How could you do this to me, Ihsan? You cakap you takkan sesekali sakitkan I, physical or mental." "You are too much Aira, I'm sorry." Di saat hati jejaka mula terpaut pada si gadis, dia pula yang perlahan-lahan menjauhkan diri. "We're just never meant to be, Ihsan." Sanggupkah Falia melukakan hati lelaki itu? Bagaimana pula dengan prinsip yang dipegang olehnya selama ini? Highest ranking - #01 in Fiction [23/02/2024]