26

43 10 1
                                    

Deringan telefon mengejutnya dari lena. Arghh ! Dia mengeliat membetulkan urat- urat sendi di badannya. Entah mengapa badannya terasa lenguh dan sakit sekali , seolah-olah 'ditindih' sesuatu.

Alif mengorak langkah ke bilik air untuk membersihkan diri.Selesai membersihkan diri , dia memakai seragam sekolah lalu turun ke dapur untuk bersarapan.

"Meh makan along.."ajak si ibu seraya meletakkan mi goreng di atas pinggan.

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan ayah dan bersebelahan dengan adiknya.

"Along , semalam along ada masuk bilik adik ke ?"soal Alya pelik.

"Takde kenapa ?"Alif memandang adiknya aneh.

"Semalam..Waktu adik tengah study dalam pukul 11.30 macamtu lah..Tiba-tiba ada seseorang ketuk pintu bilik adik. Adik ingatkan abang atau ibu tapi bila adik buka takde orang..Adik pusing ke belakang , pintu tingkap bilik terbuka..Adik pergilah nak tutup pintu tingkap , tapi.."dia terhenti disitu. Alif dan ibubapanya memandangnya aneh. Mereka menyuruh Alya untuk menyambung cerita.

"Tapi adik nampak , satu susuk tubuh sedang perhatikan rumah kita..Pakaian dia semua hitam..Adik tak dapat nak cam muka dia sebab ditutupi dengan spek mata hitam dan mask hitam.."jelasnya gugup.

"Lepastu , adik cuba nak fokuskan siapa yang perhati rumah kita..Tiba-tiba , ada seseorang masuk bilik adik..Pintu bilik adik terbuka..Dia masuk ke bilik air..Adik fikir tu mungkin abang nak pinjam toilet..Tapi bila adik tanya..Takde sahutan , diam je.." Alya berhenti disitu. Masih dia ingat saat - saat gentir itu.

"Semalam..Abang pun kena ganggu jugak.." suara Alif pula setelah sekian lama berdiam diri. Ayah dan ibunya memandang Alif penuh tanda tanya.

"Semalam.."dia menceritakan semua perkara yang berlaku padanya semalam.

Firasat haji Sulaiman mengatakan bahawa perkara yang menimpa anak-anaknya adalah buatan orang. Tiba-tiba anak matanya tertancap pada tubuh Alif.

"Along kenapa badan along tu ?"ibu dan adiknya memandang badan Alif yang penuh dengan kesan lebam.

"Alif ada gaduh dengan orang ke ?"soal ibunya pula.

"Takde..Alif pun tak tahu kenapa.. Pagi tadi waktu along bangun , dah ada dekat seluruh badan along.."jujurnya menceritakan.

"Itu macam bekas kena gigit dengan jin.." suara ayahnya. Meremang bulu roma Alif tatkala pernyataan itu keluar dari mulut ayahnya.

"Ayah tak boleh terus berdiam diri macam ni..Malam ni , ayah panggil atok , biar atok scan seluruh kawasan rumah ni.."hatinya tak henti-henti mengatakan perkara buruk bakal berlaku. Oleh itu , dia ingin selesaikan perkara ini secepat yang mungkin.

"Along minum air ni..InsyaAllah nanti lebam-lebam tu semua hilang.."arah ayahnya lalu menghulur segelas air yang telah dibacakan al-fatihah 7 kali.

♡♡♡♡♡

Pintu bilik Hani dikuak sedikit. Gadis itu masih belum sedar dari lenanya. Mungkin terlalu penat. Aireen juga tidak sampai hati untuk mengejutnya ke sekolah. Biarlah dia menenangkan diri dahulu.

"Kenapa tak kejut Hani ?"soal ibunya perlahan.

"Aireen tak sampai hati nak kejut Hani.. Mak biar je lah Hani tak ke sekolah harini.. Biar dia tenangkan fikiran dulu.."ujar Aireen.Dia tahu bukan mudah untuk Hani hadap semua ini seorang diri.Puan Mariani mengangguk faham.

"Aireen pergi dulu..Assalamualaikum.."dia bersalaman dengan ibunya lalu bergegas ke sekolah.

♡♡♡♡♡

'Hani...'

'Hani...'

Hani tersedar dari lena. Satu suara menyapa telinganya.

'Hani...Opah kau dah mati..Sekarang kau milik aku...'

"Tak ! Aku takkan serahkan badan aku pada kau ! Celaka kau saka !"jeritnya ketakutan.

'Kau milik aku ! Hahaha ! Kau milik aku !'

"Tak !"Hani menekup telinganya seraya menutup mata.

'Kau milik aku !'suara tadi yang kian lembut kini bertukar menjadi garau.

Hani cuba membaca ayat-ayat Al-Quran yang dia ingat walaupun bacaannya saat ini tunggang-langgang.

Setelah selesai membaca 3 qul , Hani membuka matanya. Dia melepaskan keluhan lega apabila makhluk tadi telahpun pergi.

Tiba-tiba ,

'Kau milik aku !' makhluk itu menyeringai memandang Hani.

"Arghh !"jeritnya seraya tersungkur pengsan.

Dont forget to vote and share ! ❤️

ANGKARA ! Where stories live. Discover now