18

52 12 1
                                    

Sekeping gambar ditenungnya lama. Senyuman jahat diukirnya. Ngilaian menguasai dirinya.

"Hahaha ! Padan muka korang ! Baru puas hati aku ! Takpe , kau tunggu..Permainan ni bakal berakhir dengan pertumpahan darah.."senyuman jahat terbit dibibirnya

♡♡♡♡♡

Angin sepoi-sepoi pagi itu menambahkan ketenangannya.Seketika dia menghirup udara segar pagi itu. Dia tersenyum senang melihat rakan-rakannya gembira berenang bersama-sama.

"Err..hai"tegur Zafrel disebelahnya. Aireen mengalihkan anak matanya ke arah suara itu.

"Hai"balas Aireen mesra.

"Boleh saya duduk ?"Aireen mengangguk sebagai balasan.

"Awak macam mana ? Dah sihat ?"soal Zafrel risau.

"Alhamdulillah , feeling better.."balas Aireen seraya segaris senyuman diukirnya.

"Alhamdulillah.."ucapan syukur diucapnya senang

"Awak tak pergi snorkelling sekali ke ?" suara Aireen berbasa-basi

"Takpelah..Tak berminat.."mukanya ditundukkan kebawah

"Awak benda ni maybe sekali setahun je tau dapat..Better awak pergi enjoy sama-sama.." segaris senyuman diukirnya

"Kalau awak join , saya join.."seloroh Zafrel

"Kenapa pula ?"Aireen memandang lelaki itu aneh

"Sebab awak tercipta untuk saya.." selorohnya lagi.Aireen ketawa terbahak- bahak mendengar pikatline sadis itu.

"Pandai awak melawak..Betullah orang cakap mulut lelaki ni memang manis.."sakat Aireen pula. Zafrel ketawa malu disakat oleh 'crush'nya.

Alif hanya memandang dari jauh.Jelingan benci diberinya. Rafi dan Haris ketawa terbahak-bahak melihat Alif yang mula protes.

"Suka tu cakap je lah suka..Aireen tu ramai orang nak.."seloroh Haris

"Diamlah kau..Eee naik meluat aku dengan Zafrel tu...Ramai-ramai perempuan dlm kelas kita..Aireen juga dia nak.."bebel Alif protes.

"Wehh daripada kau duk meroyan macamni.. Better kau ikut aku pergi snorkelling.." ajak Haris lalu menarik tangan Alif dan Rafi.

♡♡♡♡♡

Otaknya ligat memikirkan masalah yang melanda pelajarnya.Dia juga kerap mendapat petanda dan mimpi buruk tentang murid-muridnya.

"Ya Allah apa maksud semua ni..Berikan aku petunjuk Ya Allah.."rintih ustaz Adam didalam doa.

Tiba-tiba
__________

Sreeettt...

Tapak kaki berjalan.

Matanya meliar-liar memandang sekeliling biliknya.

"Aku tak ganggu kau , kau jangan ganggu aku !" tegasnya.

"Hahaha !"ngilaian menghantui biliknya.

"Sekali lagi kau rosakkan rancangan aku , aku bunuh kau !" ugutnya . Ustaz Adam hanya memandang kelibat hitam dihadapannya tenang.

"Siapa kau ? Apa kau nak dari mereka ?!" soal ustaz Adam memberanikan dirinya.

"Aku jin ! Hahahaha !"ngilain menyerbu bilik itu.

"Siapa tuan kau ? Kenapa kau ganggu mereka ?!" tegas ustaz Adam

"Hahahah ! Tuan aku pelajar kau ! Hahahah ! Tuan aku cuma nak persahabatan mereka hancur ! Mereka dah rosakkan hubungan tuan aku dan keluarganya ! Hahahahhah ! Padan muka !" ustaz Adam terkejut mendengar penjelasan makhluk itu.

"Kau bohong !"degus ustaz Adam.

"Hahahah ! Kau memang manusia bodoh ! Kau fikirlah sendiri manusia !" dia terus menghilang dari pandangan ustaz Adam.

"Allahuakbar.."ustaz Adam meraup wajahnya kasar.

♡♡♡♡♡

Laut biru yang luas dipandangnya senang.

"Assalamualaikum"ucap Haris seraya melabuhkan punggung disebelah Hani.

"Kenapa tak join sekali ?"Haris memandang gadis itu pelik.

"Takde mood.."balas Hani ringkas.

"Kenapa ?"Hani hanya membalas dengan senyuman palsu.

"Its about my family..You don't need to worry.."Haris mengangguk faham.

"Kenapa nenek kau sakit ke ?"soalnya lagi

"Taklah..Pasal family tiri aku.."Haris memandang Hani pelik.

"Kau ada family tiri ?" walaupun sudah lima tahun mereka berkawan , namun inilah kali pertama dia mengetahui gadis itu mempunyai keluarga tiri.

Hani hanya membalas dengan anggukan.

"Kenapa kitaorang tak pernah tahu pun?" dapat dia lihat perubahan riak wajah gadis itu.

"Mereka dah buang aku.."jelasnya sayu

"Ouh , sorry..Aku tak tahu.."perasaan bersalah menyerbu dirinya

"Takde apalah.."senyuman palsu diukirnya.

"Aku pun ada seorang adik tiri.."sengaja dia mengubah topik.

"Yeke ? Apa nama dia ?"tampak wajahnya teruja.

"Aku tak pernah tahu apa nama dia..Sampai sekarang kami tak jumpa dia.."luahnya sayu

"Kenapa ?"Hani memandang Haris penuh tanda tanya.

"Mak aku.."dia terhenti disitu.Dia tak mahu membuka aib ibunya.

"Its okay..Aku faham.."senyuman manis diukirnya.

                             vote ♡

ANGKARA ! Where stories live. Discover now