Matanya terpinar-pinar oleh sinaran cahaya matahari.Terpapar wajah ibunya , Aireen dan Rafi yang berada disitu.
Dia bangun dari baringan. Tanpa mengatakan apa-apa , ibunya menyerahkan segelas air masak yang telah dibaca ayat suci Al-Quran.Alif hanya minum tanpa membantah.
"Feel better ?"soal ibunya.Alif mengangguk sebagai balasan.
"Macam mana ibu tahu abang ada dekat sini ?"seingatnya dia hanya datang kesini bersama Rafi.Itupun ingin menanyakan soal Hani.
"Rafi yang beritahu..Aireen yang tunjukkan.."balas ibunya lemah lembut. Dia mengangguk faham.
"Alif kamu dah rasa lega sikit ?"soal ustaz Adam sebaik sahaja tiba disitu.
"Alhamdulillah ustaz..Tapi boleh saya tahu , apa yang sebenarnya jadi dekat saya ustaz ?"dia memang tak ingat langsung apa yang berlaku.
"Kamu kena rasuk.."tuturnya ringkas. Dia melabuhkan punggung pada kerusi bersebelahan Rafi.
"Rasuk ?"kepala yang tidak gatal digarunya. Dia langsung tak ingat apa yang terjadi.
"Iya Alif..Saka keluarga Hani yang merasuk kamu..Boleh ustaz tahu , kamu ada gaduh ke dengan Hani ?"bukannya dia ingin masuk campur namun perkara ini telah melibatkannya sekali.
Alif mengangguk sebagai balasan.
"Kau gaduh dengan Hani ? Kenapa ?"dia sendiri pelik.Setahunya Hani dan Alif rapat dan bersahabat baik.
"Errr..Aku dengan dia ada salah faham sikit.."bohongnya.Dia tak mahu keluarga dan rakannya tahu bahawa dia baru sahaja menolak Hani.
Mereka mengangguk faham.
"Alif..Aireen..Rafi..Tolong pesan pada kawan-kawan kamu supaya sentiasa berhati-hati..Kita tak tahu niat orang.. Hati ustaz ni kuat katakan ada seseorang nak hancurkan persahabatan kamu..Ustaz bimbang selepas ni bukan sahaja Alif namun semua kawan-kawan kamu dalam bahaya..Solat jangan tinggal , rajinkan baca Al-Quran..Dan selalulah pasang ayat Al-Quran didalam rumah..InsyaAllah gangguan macam ni akan jauh dan lari dari kamu.."pesan ustaz Adam panjang lebar. Mereka bertiga mengangguk faham.
💕💕💕💕💕
Bilik usang menjadi port untuk mereka berjumpa.
Tangannya dihentak pada dinding melepaskan amarah.
"Tak guna ! Lagi sikit je si Alif tu nak mati ! Huh , aku kena pastikan tak ada siapa dapat hancurkan plan aku !"dia mendengus geram.
"Apa plan kau ? Aireen pun dah pasang pagar dekat rumah dia..Huh ! Tak guna ! Dahlah sekarang aku nak masuk rumah dia pun susah ! Ade je yang halang !"protesnya.
"Pasal Aireen kau jangan risau..Aku ada plan..Yang lain takpe..Kita tunggu dulu..Persahabatan mereka akan hancur nanti.."senyuman meleret diukirnya.
💕💕💕💕💕
Drama True Beauty menjadi pilihannya untuk ditonton malam itu.
"Aaaa Seojun..Suho..Hensemnya.."omel Aireen sendirian.Sudah lama dia tinggalkan drama koreanya , gara-gara study untuk SPM.Sekarang lah waktu untuk dia tenangkan fikiran dari pelajaran.Freedom katakan.
Sambil dia sedang khusyuk menonton televisyen , tiba-tiba , hidungnya tertancap bau busuk dari dapur.
Bau yang teramat kuat.Aireen menekup mulut dan hidungnya.Kakinya mengorak langkah ke arah bau busuk tadi.
Saat tiba sahaja di dapur , Aireen terkejut melihat sebilah pisau yang berlumuran dengan darah berada di atas meja makan. Dibawah pisau itu pula , terdapat sekeping gambar.Gambar mereka berenam saat berada di parti hari jadi Syasya. Pintu belakang rumahnya terbuka.Di setiap permukaan lantai dipenuhi dengan darah. Aireen mengikuti titisan darah itu sehingga ke belakang rumah.
"Kau nak apa dari aku hah ?!Siapa kau ? Kenapa kau ganggu hidup aku ? Apa salah aku pada kau ? Sudahlah , aku dah penat dengan semua ni ! Munculkan diri kau ? Berterus terang dengan aku ! Kenapa ?" tangisan menguasai dirinya.
"Hehehehe !"suara ngilaian menyapa telinganya.
Aireen memandang persekitarannya. Takut dengan suara ngilaian tadi.Entah datang dari mana.Aireen cuba membaca ayat Al-Quran namun mulutnya seakan-akan dikunci.Dia hanya mampu berdoa pada Allah didalam hati.
"Hehehe ! Aireen..Aireen.."satu suara mendayu menyapa telinganya.
Aireen masih kaku didalam posisi yang sama.
"Aireen !"satu makhluk Allah yang ngeri muncul dihadapan mukanya.
"Argh !"Aireen tersungkur pengsan.
💕💕💕💕💕
Matanya terpinar-pinar oleh sinaran cahaya matahari.Terpapar wajah ibunya yang risau.
"Alhamdulillah , Aireen dah sedar.."ucap Puan Ilyana senang.Aireen aneh melihat figura Alif dan Puan Ilyana disitu.
"Err..Kenapa dengan Aireen mak ?"dia sendiri lupa apa yang terjadi dengannya semalam.
"Aireen pengsan semalam..Dekat belakang rumah.."tutur ibunya menjelaskan.
"Belakang rumah ?"dia cuba untuk ingat apa yang berlaku semalam.
Dengan cepat-cepat dia memeluk ibunya apabila peristiwa semalam mula terngiang di kepalanya.
"Mak Aireen takut.."pelukannya semakin dieratkan.
"Kenapa Reen apa jadi semalam ?"soal Alif setelah sekian lama berdiam diri.
"Semalam.."dia menceritakan semua perkara yang menimpanya malam semalam.
"Pakcik rasa ini semua helah.."suara Haji Sulaiman yang baru tiba didalam rumah.
Semua memandangnya aneh."Maksud pakcik ?"wajah Haji Sulaiman dipandangnya inginkan jawapan.
"Macam yang kamu pernah cakap.. Sebelum ni ada orang hantar sihir pada kamu..Dan sekarang sihir tu dah tak ada sebab rumah kamu dah kena pagar..Jadi mungkin orang yang hantar sihir tu , ada helah untuk dia bocorkan pagar rumah kamu.."jelas Haji Sulaiman.
"Tu cuma firasat hati pakcik..Sama ada betul atau tak , tu semua rahsia Allah..Yang penting sekarang ni , kamu dah sedar.. InsyaAllah pakcik akan tolong kamu.." segaris senyuman diukirnya.
"Terimakasih pakcik.."senyuman manis dilemparnya.
"Baba !"laung Alya dari luar. Semua memandang Alya aneh.
"Kenapa ?" Alya menarik ayahnya hingga ke luar tanpa membalas pertanyaan tadi.
"Baba tengok tu"jarinya ditunjukkan pada suatu tali kuning yang terlekat di tepi pagar rumah Aireen.Haji Sulaiman mengorak langkah ke situ begitu juga dengan Alif.
Puan Ilyana , Aireen dan ibunya hanya memandang dari jauh.
"Alif ambil cangkul tu bawa ke sini.."arah Haji Sulaiman.Alif hanya mengangguk tanpa membantah.
Haji Sulaiman mencangkul tanah yang terlekat tali kuning tadi. Sebaik sahaja dia mencangkul tanah itu , tiba-tiba mata mereka tertancap satu benda pelik didalam tanah.
Haji Sulaiman mengambil benda pelik itu lalu membukanya.Saat dia membuka kotak hitam tadi, dia terkejut melihat satu patung kecil yang dilekatkan sekeping gambar berada didalamnya.Gambar Aireen dan ibunya yang telah diconteng dengan satu pen merah.
"Subhanallah.."Haji Sulaiman meraup kasar wajahnya.
Semakin misteri 👻 Kesian Aireen dan Alif..Tak henti-henti kena ganggu.. Cuba korang teka siapa yang jahat sebenarnya ? Siapa punya Angkara selama ni ? Hmm adakah yang jahat dua orang ?
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...