Suasana segar pagi itu menambahkan lagi semangatnya. Seketika dia menghirup udara yang segar dan aman pada pagi itu.
"Aireen !" Syasya bergegas meluru ke arah Aireen yang sedang menunggunya.
"Apasal kau berseri-seri sangat harini ? Awww aku rindu nak tengok senyuman kau yang manis tu.."puji Syasya manja
"Elehh mengada , sama je lah macam sebelum-sebelum ni.." nafinya
"Mak , Aireen pergi sekolah dulu"ucapnya seraya bersalaman dengan ibunya
"Hati-hati"pesan Puan Mariani
💕💕💕💕💕
Sampai sahaja di sekolah , Aireen mengatur langkah menuju ke mejanya.
"Hani mana ?"soal Aireen apabila melihat kerusi di sebelahnya kosong.
"Hani demam.."kata rakan sekelasnya , Isya
"Ouh" Aireen mengangguk faham
"Reen , aku duduk kat situ boleh ?"bisik Syasya sambil menunjukkan muka kesian
Aireen mengangguk. Rafi dan Haris hanya menggeleng melihat telatah manja Syasya.
Tanpa mereka sedar , ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka.
"Siapa perempuan tu ?"soal Zafrel pada rakan sebelahnya , Izzul.
"Yang mana ?" dia memandang Zafrel pelik
"Tu yang tengah suka tu.."katanya sambil memandang wajah Aireen manis
"Ouh , itu Aireen.." jelasnya tenang
"Aireen" terpacul nama itu dibibirnya . Senyuman manis diukirnya.
💕💕💕💕💕
Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Cikgu Amri tekun menulis formula addmath di papan putih. Semua mata tertumpu pada papan putih namun tidak bagi Zafrel. Matanya dari tadi hanya tertumpu pada Aireen Natasya.
"Selepas siap salin nota dan formula di depan , saya akan bagi kuiz ! Jadi cepat sikit salin !" arahnya tegas.
Cikgu Amri memandang Zafrel yang tersengih-sengih memandang Aireen. Dia mengeleng kepala melihat karenah pelajarnya itu.
"Zafrel !" jeritnya kuat .
Zafrel tersentak lalu bergegas berdiri. Ishh kacau betul cikgu ni . Baru nak tengok kekasih hati . Sinisnya didalam hati
"Apakah formula bagi trapezium ?" sengaja dia memetik tajuk tingkatan 1.
"Errr.." otaknya ligat memikirkan jawapan yang logik
"Terkebil-kebil..Lain kali sewaktu saya mengajar pandang depan ! Bukannya pandang anak dara orang !" sinisnya berbaur sindiran
Zafrel menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu menunduk ke bawah menahan malu.
💕💕💕💕💕
Meja hujung menjadi pilihan mereka untuk diduduki.
"Aireen kau duduk sini , jaga tempat.. Kitaorang pergi beli makanan" kata Syasya . Alif , Haris dan Rafi pergi meninggalkan gadis itu sendirian.
"Tak pasal-pasal malu dalam kelas tadi" gelak Izzul terbahak-bahak
Zafrel hanya membalas dengan senyuman sinis. Matanya tertancap pada satu figura gadis dihadapannya . It was Aireen Natasya.
"Wehh kau pergi beli kan aku Teh O ais" arah Zafrel lalu menghulur duit berjumlah RM 2 padanya. Izzul mengangguk tanpa membantah. Setelah Izzul jauh dari pandangannya , dia menuju ke satu tempat.
"Hai"sapanya gugup. Crush kot mesti lah berdebar.
"Err..Hai" balas Aireen acuh tak acuh
"Awak Aireen kan ?"sengaja dia ingin berbasa-basi dengan gadis itu .
Aireen membalas dengan anggukan.
"Maaf , tapi kita pernah kenal ke ?" soal Aireen aneh apabila lelaki dihadapannya menyebut namanya.
Zafrel hanya menjungkit bahu sebagai balasan. "By the way nama saya Zafrel" jelasnya lalu menghulurkan tangannya pada Aireen. Namun tidak dibalas. Dia menjatuhkan tangannya. Lupa haram. Sinisnya didalam hati.
"Ouh..Awak student baru ke kat sini ? Saya tak pernah nampak awak pun.."soal Aireen aneh.
"Haah baru masuk dua hari lepas.."balasnya mesra.
Aireen mengangguk faham.
Sedang mereka rancak berbual , ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya. Alif mendengus kasar melihat Aireen bermesraan dengan lelaki poyo itu. "Alif kau nak apa ?"soal Rafi sambil memandang muka Alif. Namun tidak dibalas. Rafi mengalihkan anak matanya ke arah yang dipandang Alif.
Rafi hanya menggeleng kepala apabila melihat Zafrel poyo sedang mengorat Aireen.
"Eii menyampah betul aku dengan mamat tu ! Dia fikir dia hensem sangat ke ?!" degus Rafi geram. Alif hanya mendiamkan diri . Ingin sahaja dia menumbuk wajah lelaki itu sekarang , namun disabarkan diri demi menjaga nama baiknya sebagai ketua pengawas.
Don't forget to vote and share ! Thankyou 💕
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...