Gelap.
Berasap.
Bau kemenyan menambahkan lagi debaran di dadanya. Seketika matanya meliar-liar memandang ke luar rumah usang itu bagi memastikan tiada siapa yang melihatnya.
Senyuman sinis diukirnya.
"Apa hajat kamu datang ke sini ? Masih belum cukup apa yang aku buat sebelum ni ?" soalnya garau
"Belum" gumamnya sedikit geram
"Apa yang kamu mahu aku lakukan lagi ?" suara garau bomoh itu sedikit sebanyak membuatkan dia takut
"Saya nak tok buat dia sakit..Tapi jangan sampai mati...Saya nak biar dia rasa macam mana terseksanya hidup saya kerana dia !" getusnya lalu senyuman jahat diukirnya
Bomoh itu hanya mengangguk lalu mulutnya terkumat-kamit membaca ayat yang mana dia sendiri pun tak faham.
Bomoh itu mengambil satu patung yang dilekatkan bersama sekeping gambar lalu dia mengambil jarum dan dicucuk pada patung itu.
"Benda ni , kamu tanam pada rumah dia.. Jangan sampai sesiapa nampak kamu !" degusnya memberi pesanan
Dia mengangguk sebagai jawapan .
💕💕💕💕💕
Srrreeettt..
Bunyi tapak kaki berjalan.
Senyap.
_______"Ibu ke tu ?" ada sedikit getaran pada suaranya
Senyap .
Sunyi.
"Maybe kucing je kot"desisnya cuba menenangkan diri
Tiba-tiba ,
Tok Tok Tok Tok !
Bertubi-tubi ketukan di pintu . Aireen terkejut dan takut. Dia mengambil kayu besbol di sebelah pintu lalu cuba membuka pintu perlahan-lahan.
"Bismillahirrahmanirrahim.."ucapnya sebaik sahaja pintu terbuka
Kosong.
Gelap.
Tiada sesiapa dihadapan pintu itu.
"Woii kau tak payah sembunyi lah ! Kau keluar sekarang ! Kenapa kau tak habis-habis nak ganggu aku hah ?! Kau nak apa sebenarnya ?!" bentak Aireen memberanikan diri
Senyap.
Sunyi.
Tiada balasan mahupun sahutan.
Aireen terdorong ke belakang lalu tangisan menguasai dirinya. "Ya Allah tolong aku Ya Allah..Aku penat Ya Allah..Berikan aku kekuatan Ya Allah.."rintihnya didalam tangisan
Puan Mariani yang baru sahaja pulang dari kedai runcit terkejut melihat anaknya teresak-esak menangis dihadapan pintu.
"Adik kenapa ni..?" seketika matanya meliar- liar melihat ke luar rumah
"Aireen kenapa ni sayang ?"soal ibunya lagi risau
Aireen tidak membalas , dia memeluk erat ibunya.
"Arghh!" gerangnya kesakitan
"Ya Allah adik !" dia terkejut memandang kaki anaknya sedang digigit dengan makhluk Allah yang ngeri
"Allahuakbar !" jeritnya seraya membantu anaknya masuk ke dalam rumah
Aireen menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya. Kakinya yang masih sakit diendahkannya. Sakit lagi dia memikirkan nasib dia dan ibunya.
💕💕💕💕💕
Hujan lebat di Kampung Seroja membuatkan seisi kampung itu hening dan sunyi.
Sekejap dia beralih ke kiri , sekejap beralih ke kanan. Dia menarik selimutnya menutupi seluruh tubuhnya.
"Arghh kenapa aku asyik fikirkan Aireen ni ?!" getusnya buntu
"Abang bangun ! Dah pukul 10 dah ni , bangun !" kejut adiknya di muka pintu
"Ishh abang dah bangun lah ! Bising lah kau ni , memekak jee" bentak Alif lalu bangun menuju ke bilik air
"abang dah bangun lah ! memekak je kau tau !" ulangnya dengan nada mengejek
💕💕💕💕💕
Udara yang segar pada pagi itu menambahkan lagi semangatnya untuk bercucuk tanam. Itulah hobinya jika mempunyai waktu yang terluang.
Fifi , adik kepada Syasya pula menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah mereka.
"Fifi ! Tolong ambilkan baja kompos dekat belakang , boleh !?" sahutnya meminta tolong
"Okey !" jeritnya sebagai balasan
Matanya meliar-liar mencari baja kompos.
Tiba-tiba anak matanya menangkap satu figura manusia di hadapannya.Hilang.
______"Aikk tadi macam ada orang.."gumamnya sendirian
Tanpa membuang masa , dia mengambil baja kompos , lalu melangkah pergi dari situ.
Makin misteri kan 👻 Hahahah , cuba korang teka agak-ii siapa punya angkara ehh ? Dont forget to vote and share ! 💘
YOU ARE READING
ANGKARA !
Misterio / Suspenso[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...