Air milo dihirupnya penuh nikmat. Dia melepaskan keluhan lega. Tercungap - cungap dia mencari nafas.
"Satu sekolah aku cari kau , kat sini rupanya.." bebel Rafi seraya melabuhkan punggung pada bangku.
Syasya membalas dengan jelingan.
"Kau nak apa ?"soalnya malas ingin memanjangkan cerita.
"Saja nak jumpa kau..Hahahah , takdelah aku datang sini nak beritahu sesuatu.."dia memandang gadis itu senang.
"Beritahu apa ?"soal Syasya tanpa berpaling
"Kejap kau tunggu.."dia mengorak langkah ke suatu tempat. Sekuntum bunga disorok dibelakangnya.
"Nah"Syasya mengambil bunga ros di tangan Rafi.
"Apasal kau bagi aku bunga ni?"Syasya memandang lelaki itu pelik.
"Happy Birthday to you..Happy birthday to Syasya Qistina..Happy Birthday to youu.." nyanyi Rafi , Haris , Hani , Alif dan Aireen.
"Thankyouu.."ucap Syasya terharu seraya air mata bercucuran jatuh.
"Happy birthday sya.. Maafkan aku dah salah faham dengan kau.. Aku tahu kau tak buat semua tu..Aku percaya kau.."Aireen memeluk erat gadis itu.
Mereka tersenyum memandang momen sweet itu.
♡♡♡♡♡
Kitab Al-Quran dimeja dicapai.Dia tekun membaca setiap kalimat dan tafsiran di kitab itu. Tiba-tiba ,
__________Sreeettt...
Tapak kaki berjalan.
Dia menghiraukan bunyi itu.
Ting !
Pinggan dirak jatuh.
"Allahuakbar ! Allahuakbar ! Asyhaduallailahaillallah.."lunak suaranya melaungkan azan.
"Hahahaha !"ngilaian menyerbu segenap ruang tamu rumah itu.
"Siapa kau ? Kenapa kau ganggu keluarga aku !"jerkah Haji Sulaiman
"Hahahaha ! Orang hantar aku kesini ! Hahaha !" balas kelibat hitam didepannya.
"Macam mana kau dapat masuk kesini ?! Rumah aku sudah dipagar !"getus Haji Sulaiman serius.Tiada secalit senyuman pun terukir dibibirnya.
"Hahaha ! Dasar manusia ! Kau belum cukup bijak untuk lawan aku !"ngilain menguasai rumah itu.
"Auzubillahiminasyyaitanirrajim.."dia membaca ayat ruqyah lalu menyambung dengan ayat Al-Mathurat.
"Arghhh !"terus hilang kelibat hitam dari pandangan hijab lelaki itu.
"Allahuakbar..Alif..Apa yang kau dah buat ?" Haji Sulaiman beristighfar sendirian.
♡♡♡♡♡
"Assalamualaikum !"laung Rafi dari luar.
"Waalaikummussalam ! Sekejap !"balas si ibu dari dapur. Puan Rabiah bergegas membuka pintu.
Rafi melangkah masuk lalu menuju ke meja makan.
"Ya Allah , pergilah masuk bilik , mandi dulu.."bebel ibunya. Rafi hanya membalas dengan senyuman mengejek.Puan Rabiah menggeleng memandang anak jantannya.
"Abang lapar lah ibu..Nak makan dulu.. Nanti abang mandi dan solat.."dia menyuap sesuap nasi kedalam mulutnya.
Puan Rabiah tersenyum memandang karenah anaknya. Dia menuju ke ruang tamu.Sebuah kotak hadiah dicapainya.
"Tadi , ada kotak ni dekat depan rumah.. Mungkin yang kamu.."ibunya meletakkan kotak merah di atas meja berhadapan dengannya.
"Kotak Hadiah ? Dari siapa ? Nak cakap birthday lambat lagi.."omelnya sendirian
Dia membasuh tangan lalu membuka kotak hadiah tadi. Rafi terlopong melihat barang didalamnya. Sebilah pisau yang dipenuhi darah , dan sekeping gambar. Dibelakang gambar itu , terdapat nota 'Diam-diam ku sembunyi,satu persatu pasti mati !'. Rafi terketar-ketar dan ketakutan. Rafi merenung tajam gambar itu. Gambar dia dan rakan-rakannya pada parti hari jadi adiknya.
Rafi mengambil lalu membuang kotak dan barang-barang tadi didalam tong sampah.
"Tak guna ! Allahuakbar.."dia meraup wajahnya kasar.
Semakin misteri 👻 Don't forget to vote and share ! ♡
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...