Matanya dibuka perlahan-lahan. Alif cuba memfokuskan kornea matanya.
"Eh..Bangunlah..."Tiara menampar-nampar pipi Aireen dan Syasya.
"Alif..Kau dah sedar..."suara Tiara lembut.
"Kau buat apa ni ?"soal Alif saat menyedari tangan dan kakinya diikat rapi.Begitu juga dengan yang lain.
Tiara hanya membalas dengan senyuman sinis.
Kakinya menuju ke arah Harris pula.
Dia merenjis-renjis air ke wajah Harris.
"Bangunlah !"jerkah Tiara.
Harris membuka matanya perlahan-lahan.
Penglihatannya yang samar menyukarkannya untuk mengecam wajah gadis dihadapannya."Tiara ! Apa kau buat ni ? Lepaskan kitaorang !"jerit Aireen.
"Aku buat apa ? Huh ! Aku cuma ikut arahan.. Aku cuma nak korang mengaku kesalahan yang kau dah buat !" jerkah Tiara. Dadanya turun naik menahan amarah.
"Apa salah kitaorang ?"soal Harris tak mengerti.
"Kau tanya apa salah kau ?"suara seseorang disebalik dinding. Kakinya mengorak langkah ke arah mereka. Mereka terkejut melihat figura dihadapannya.
"Ra...Ra..Rafi ?"mereka seakan-akan tak percaya dengan apa yang mereka lihat sekarang.
"Huh ! Ya , aku..Kenapa ? Terkejut ?" senyuman sinis diukirnya.
"Kenapa ? Kenapa kau buat macamni ?"soal Syasya geram.
"Aku cuma nak kau dapat balasan yang setimpal dengan apa yang kau dah buat !" getus Rafi.
"Apa salah kitaorang ?"sekali lagi soalan yang sama ditujukan pada Rafi.
"Eiii ! Kau memang dasar tak tahu malu ! Dah buat salah , berlagak macam suci !" dadanya turun naik menahan amarah.
"Kau masih ingat 1 April 2018 ?"soal seseorang disebalik dinding.
"Hah ?"dahi mereka berkerut tak mengerti apa yang cuba disampaikan.
"1 April 2018..Tarikh lahir Syasya dan tarikh kematian Rafiqah..."suara Hani menuju ke arah mereka.
"Ha..Hani ?"luluh hati mereka saat melihat figura gadis itu. Terkejut. Sedih. Kecewa. Semuanya ada. Tak sangka sanggup Hani dan Rafi mengkhianati mereka.
"Kau tak payah buat muka terkejutlah ! Disebabkan korang berempat , Rafiqah mati ! Dasar pembunuh !"jerkah Hani melepaskan segala amarah dihati.
"Apa yang kitaorang dah buat ? Kitaorang tak bunuh Rafiqah..."suara Harris tak mengerti.
"Kalaulah petang tu..Korang tak ignore dia... Korang tegur dia..Dia takkan mati lah !" jerkah Rafi.
"Kau dah salah faham Rafi..Kitaorang tak pernah ignore dia..Rafiqah seorang kawan yang baik..."Aireen pula bersuara.
"Ya,dia memang baik..Tapi nasib dia malang , sejak dia berkawan dengan korang berempat..Kau tahu betapa susahnya hidup dia selama ni ? Dia tak pernah ada kawan seumur hidup dia..Korang berempat la satu-satunya kawan yang dia pernah ada.. Dan aku sebagai kembar dia bahagia sangat-sangat bila dapat tahu , dia dah ada kawan..."dia terhenti disitu.
"Kembar ?"sekali lagi mereka terkejut.
"Rafi..Kau dah salah faham..Kami pun turut terkesan dengan pemergian dia..Kami , tak pernah minta semua ni berlaku..."jujur Harris bersuara.
"Dahlah..Aku pindah kesini pun sebab aku nak tuntut bela atas kematian adik kembar aku ! Dia pergi dalam keadaan yang memilukan..."suara Rafi tersedu-sedan.
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...