Ting ! (menandakan mesej masuk)
Harris membuka mesej yang tertera.
'27 , Februari 6 petang , Tasik Bunga Kemboja ! Kalau kau nak keluarga kau selamat , pastikan kau datang !'-unknown number.
Harris mendengus kasar. Tak habis-habis nak ganggu hidup aku ! Apa yang kau nak sebenarnya ?!
💕💕💕💕💕
Dengan gugup dia melangkah. Setapak demi setapak , akhirnya dia tiba di Tasik Bunga Kemboja.
Senyap-sunyi . Hanya ditemani desiran air dan kicauan burung.
Tiba-tiba satu bahu menyentuhnya , dengan pantas dia beralih tubuh.
"Alif ?"Harris terkejut memandang figura sahabatnya.
"Haah , kau kenapa ni Ris ? Macam baru lepas nampak hantu je.."dia memandang aneh lelaki itu.
"Kau buat apa kat sini ?"soal Harris ragu-ragu.
"Aku dapat mesej dari orang yang selalu ganggu kita untuk datang kesini.." jelas Alif jujur. Harris mengangguk faham.
"Aku pun datang sini sebab dapat mesej yang sama.."suara Harris pula setelah sekian lama berdiam diri.
"Harris ? Alif ? Korang buat apa kat sini ?" soal Aireen yang baru tiba disitu.
"Aireen ? Kau buat apa kat sini ?"soalan dibalas dengan soalan.
Aireen hanya menunjukkan mesej yang tertera di telefon sebagai balasan.
"Aku rasa orang ni , memang sengaja nak kita berkumpul..Dia pasti ada rancangan..." tutur Alif mengemukakan hujahnya.
"Hahaha ! Lawaklah kau ni Rafi !" gelak Syasya yang baru tiba disitu.Mereka bertiga terkejut melihat figura Syasya , Hani dan Rafi tiba dihadapan mereka.
"Korang buat apa dekat sini ?"soal Rafi aneh.
"Kau mesti datang sini sebab dapat mesej kan ?"teka Harris.Mereka bertiga mengangguk sebagai balasan.
Tiba-tiba ,
Ting ! (mesej masuk)
'Hahahaha ! Kau semua memang berani ! Aku suka semangat persahabatan korang ! Kalau korang nak keluarga korang selamat.. Datang ke location ni !"
Mereka menekan lokasi yang tertera.
"Apa kita nak buat sekarang ?"soal Syasya cemas.
"Ermm..Aku rasa kita pergi je location yang dia bagi.."balas Rafi.
"Aku setuju..Kita pergi je location yang dia bagi kemudian jumpa orang tu depan-depan..Kita tanya dia kenapa dia buat semua ni ?"suara Alif pula.
"Tapi..Kalau apa-apa jadi dekat kita macam mana ?"suara Aireen pula risau.
"Kau jangan risau..Aku ada plan.."balas Alif menenangkan Aireen.
"Okey..Tapi dengan syarat..Kita jangan berpecah..."Harris pula bersuara. Mereka mengangguk sebagai balasan.
💕💕💕💕💕
Bangunan lama ditenungnya gusar.
"Location ni menuju kesini..."tutur Harris sambil matanya bersilih ganti memandang telefon dan bangunan lama.
"Korang..Kita balik je laaa ehh..Tak payah laa kita ikut sangat cakap orang tu..Bahaya..."pujuk Aireen risau. Risau jika sesuatu perkara buruk akan berlaku.
"Reen..Kau jangan risau..Kita sama-sama hadap benda ni..Makin kita berdiam diri.. Makin banyak masalah yang kita hadapi..." suara Hani menenangkan Aireen. Syasya mengangguk setuju.
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...